Sunday, April 30, 2017

Hiking Melati Hill's

Hurmm... lama bonar tak up date stori... sempena nak menyambut hari pekerja esk hari... kasi tepek satu stori laa...

29 APRIL 2017


Kisah we ols (me, famili and Group Persatuan Wanita UPM a.k.a PERMATA) ber hiking.



Kali ni kami pilih Melati Hill's  kat Nilai. Menurut pembacaan kiter, tempat ni memang ramai orang datang pada hujung minggu. Tidak sepopular seperti Bukit Broga laa! Tapi..... masih ada tarikannya. 

Tepek sikit info mengenai Bukit Melati nih:
Lokasi permulaan trail adalah pada Jalan BBN 11/4. Betul- betul bersebelahan dengan Tokong Na Du Gong. Dalam kawasan perumahan aje. Parking pun senang. So park ler tepi jalan aje. Tapi bila dah start ramai orang nanti, ada harapan kena menapak jauh.

Starting point nya betul-betul sebelah tokong Na Du Gong tu. Yang bagusnya tempat ni - ada toilet (walaupun tak pasti sama ada bersih atau tidak), ada paip air kat tepi trail starting point tu (senang la kot nak cuci kaki ke, lumpur ke...), ada gerai jual air dan hiking apparel (tapi time kami gi... gerai tu tutup). 



Kitorang tiba lebih kurang jam 8.30am... depa naik bas.. kitorang naik kereta sendiri. So warming up dulu.


Bergambo dulu before memulakan pendakian. Motto dia yang besh... 
"Your Health is Our Concern" 
tengkie- tengkiu.. hehehehhe


Gaya biorr lobih... kaaannnn???



Since kiter ada bawak ahli yang lututnya dah kong... dan ahli paling ciconet... kami merupakan ahli group yng terakhir memulakan pendakian.



Trail awalnya... tak de ler curam sangat.... tapi katanya hiking kan... of cource kenalah mendaki sikit. Sampai aje kat port pertama... bergambo dulu laa kan! Dari atas bukit ini... jagan harap laa nak nampak pemandangan hutan dara... Semua dah gondol... dikelilingi ngan projek perumahan dan pembinaan sana sini. But dun worri.. hijaunya masih ado!



Nampak gayanya... sampai sini ajae laa pendakian encik asben dan khaleef.. sebab nak naik ke Monkey Hill depan sana tu... khabarnya makin curam. Tak baik untuk kesihan en asben.. 



Tinggal kiter dan Kimie aje meneruskan pendakian bersama rakan-rakan yang lian. Eh... lupa nak khabo... my dotter tak join kali nii sebab ada bengkel  UPSR.



Ada je peluang.. berhenti bergambo... abih camno nak cepat sampai? Ngeh ngeh ngeh...

Kami meneruskan pendakian... hiking kat sini walaupun mentari dah mula menyinga... suasananya masih teduh dinaungi dedaun pokok. Jalan lak agak licin dan berlecak  sebab semalam hujan lobat gilo! 

Makin lama.. kami kena tempuh track yang mencanak... maaakkk aaiii.. Time tu rasa nak patah balik... mengah giler! Time mendaki tuuu ada jer terdengar suara-suara semangat dititipkan oleh pendaki dari group lain. Cara tarik nafas yang betul bila ber hiking... jgn dongak atas.. sikit aje lagik nak sampai laa.. dan macam-macam lagik laa..

Ada jer port lepak.. kiter berhenti. Yang besh nyer... bila selisih ngan rakan hiking lain.. kami akan bersembang dan mereka akan beri kata-kata semangat buat beginner cam kiter. Tak kira umur bangsa dan agama. Kami berkongsi bekalan cokelat ngan mereka. Mmg aktiviti ini boleh mempupuk semangat perpaduan tau...


Setelah mendaki laluan yang curam tadik...Finally sampai gak kiter kat Monkey Hills. Port kami tunggu rakan rakan satu group untuk berkumpul before aktiviti turun bukit diteruskan. Masa ni depa hulurkan cokelat. Menggigil tangan mok cik unwrap plastik cokelat tuu.


Dah hilang mengah... kasik possing dulu.


Rakan-rakan sependakian almost complete and ready to depart to the next destination. 


Plan asal nak turun balik... Sekali hiker-hiker yang lain kata why not gi Cobra Hill... that hill tak jauh mana pun.. dan tak securam tadik..


Agak-agak uols... kami pilih laluan mana? Turun? Cobra Hill? Rope Hill?


Dah katanya dekat ajo... so, kami naik ke cobra Hill pulak


Hehhehee... zoom kenkawan kat bawah


Finally, almost 2 hour kami hiking dan beristirehat atas bukit tuuu... kami selamat turun ke bawah... jalan sikit ats jalan raya menuju tokong tadik.


En asben yang sabo menunggu kami.


Walaupun agak penat... terpancar cahaya keriangan di wajah2 kami yang majoritynya beginner dalam dunia hiking nii.  Beshhh wooo... rasa nak repeat lagik!


Kesimpulannya..

Trail Hiking di Bukit Melati nii tak de laa tinggi dan jauh sangat. Tak sampai 2km. Dah ramai yang berjaya naik dan turun dalam tempoh masa 1 jam. But pada yang ala-ala artis yang tak berhenti untuk selfie dan ditambah pulak banyak beristirehat cam we ols... tempoh masa yang kami ambil sekali ganda... hahhaha... 2 jam beb!

Actually kat sini ada beberapa puncak.. (puncak tertinggi is about 138m only). Tak setinggi broga.. but treknya tak selandai Broga (kata orang). Yang kiter ingat, antara puncak-puncak yang ada kat sini ialah  Monkey Hill, Cobra Hill dan Rope Hill. Hasil pembacaan kiter ada a few puncak lagik iaitu Centipede Hill, Mosquito Hill tapi.. kiter tak jumpa lak masa hiking tuu. 

Kat sini.. insya Allah, tak tersesat barat. Ikut aje track yg ado dan dun worri. banyak gak signage dan trail yang diorang siap tag kat pokok2.. Tu yang sangat bagus. Insyaallah kebarangkalian nak sesat tu agak minimum. 

Den dah cubo... uols???😎😎😎😎😎






Wednesday, March 29, 2017

Pengalaman ke Langkawi 2017

Uols....😰

Cuti sekolah baru aje berlalu kan?? Mesti ramai yg gi cuti2 Malaysia or Antarabangsa kan?

Hakak pun tak ketinggalan gak kali ni weeiii.. bercuti di tanah air sendiri aje.. tp fenat weeiii... pakat main tukar2 beg kerana tukar beberapa destinasi. Banyak kisah TB yg hakak nak share.. but tak sempat nak karang stori. Sbb nak kena memikior utk flashback.

Kali ni nak share stori yg berlaku pada hakak  awal subuh pg tadik. Kitorang nak gi Langkawi... A nite before... packing brg ala carte aje coz hakak masih mengadap laptop buat kj2 opis. Ngan tak cukup tido.. berjaya gak bangun 4am.

Adik hakak yg dok Nilai dtg jemput kitorang utk htr ke airport. Sampai airport jam 5.30.  beratur nak drop kan bagasi.. punya laa panjang.. sekali sampai kaunter jam 6.16am... baru sedar ic/my kid ank2 tertinggal kat umh beb.. tak lepas nak check in walau dah print siap2 boarding pass...

Di sbb asben hakak yg nak gi conference... 😭😭😭. Akk mintak releasekan asben akk laa dulu. Kitorang tak pe laa.. pandai laa nak cari jln blk umh.

Sementara tu try call  adik yg  dah pth balik umh dia kat Nilai tlg gi bangi ambil my kid bebudak ni.. tak tau laa sempat ke idok sbb flite kul 7.15am.

Masa berjalan ngan begitu pantas. Asben dan father in law tak mau tinggalkan we ols kat airport anak beranak.. so gi kaunter nak tukar tiket.

Next flite RM599 sorang.. kali ngan 5.. baik akk hi krabi.. 😂 weeeiiii

Sekali teringat dlm emel ada salinan surat beranak anak. So ty kaunter blh terima tak? Kaunter kata cuba laa try print and dptkan certified true copy  kat kaunter polis tingkat bawah. Ank2 kami tinggalkan ngan atuk kat cafe

Mcm running man we ols... gi cari mana letaknya kaunter polis. Polis sgt helpful.. bg kami guna komputer dan printer diorang dan buat ctc.. tp dia kata may be tak lps dah guna salinan dokumen even dah ctc. But blh try melepasi polis di balai pelepasan.

Berlari kami naik semula ke atas... sampai kat gate pelepasan... still tak lepas... jam dah menunjukkan pukul 7am...

Terbayang muka ank2 buah kat opis. tak dapat cokelat Whittakers yg diorang dok stori sakan semalam... terbayang muka kwn2 sephia gelakkan minah tuu tak jadik belikan key chain dan cokelat Daim... 😔

Stlh tgk muka ank2 dan mak dia yg satu sen pun dah tak laku... kami diminta turun sekali lagi ke kaunter polis untuk buat laporan polis... salah seorang dari kami kena bawa kesemua bag dan masuk ke balai pelepasan utk alertkan crew cabin bahawa ada passanger yg msh on de way.

But ank2 mmg tak lps masuk.. so asben diminta bwk ank2 gi kaunter polis.. hakak bwk father in law msk balai berlepas.

Jam 7.08 minit... nervous menanti muka2 anak dan asben.. hurmm.. lps ke idok mereka tuu...?

Hampir 7.15 pintu msk kapal dah bukak.. call adik.. dia dah hampir sampai kat klia 2.. aduss.. nak lari keluar pun dah tak sempat nii... klia 2 bukannya kecik.

Sekali nampak kelibat anak2 dan en asben..

Alhamdulillah berjaya gak mereka check in..  dgn ctc sijil dan laporan polis.. berlari2 memasing utk masuk ke perut kapal.. betui betui ngam ngam suiiii... perghhh...

Now hakak dah kat langkawi.. hehehehehe... moral of de stori... wrap up laa sendiri... hahha.

SEKIAN

Nota kaki:
Kali ni tak dop gambo sbb bukan cuti2 malaysia.. teman org gi conference.
We ols.. hy stay dlm bilik aje.. tak sabau ptg nanti.. nak hunting cokelat

Wednesday, March 1, 2017

Taman Tasik Taiping


Sambungan kisah Throwback.

Kesah semalamnya.... Nite Safari Zoo Taiping. Dah alang-alang kat Taiping... kita explore laaa apa lagik yang menariknya kat Taiping kan? So our next destination pada 20th tuu adalah...

TAMAN TASIK TAIPING

Taman ini katanya dibina di atas lombong bijih timah terbiar dan telah dibuka pada tahun 1880 lagik.

Indah sungguh pemandangan di sini. Terdapat banyak pookok besar (“angsana”) membarisi tasik ini.

Berhenti dulu laaa.. bergambar kat area sini...

Beshnya kalau berdating berdua-duaan di sini...  eceh.. cehhhhh... jgn lupa.. askar 3 orang tuu menjeling aje! Nak aje bergambo golek2 atas jalan dengan berlatar belakangkan pepohon angsana yang besau2 tuu... tapi nak MxmpXs...... kereta lalu lang beb... lupakan aje laa hasrtmu itiewww..

So, bergambo aje laa ke tepian kali... hik hik hikkk

Besh dapat mengirup udara yang segar di sini


hurmm... tgk aje laa gambo nii.. tak de caption nak dikaitkan!


Uiksss... teropong apa agaknya tuu??? Hurmm... nak ber roller blade ke??? Nak main gelongsor buai ke? Oooorrrrrrr???


Nak ber Ride and Cruise??? Hurmmm besh gak niii

Hahahhaaa.... sewa satu boat...


Ada masa setengah jam untuk berkayuh keliling tasik


Kayuh... jangan tak kayuh

Khaleef pun sibuk nak berkayuh gak

Perghhh... penat gak nak berkayuh dalam masa 30 minit nii... Sampai di daratan.. memasing pekena eskrim... yum yumm... 

Hurmmm... besh dapat melakarkan memori di Taiping... So, tiba masanya kitorang ke Penang.. Bact to track dan tujuan asal.. iaitu meeting.

Stori di Penang kiter tak muatkan di sini... sebab, we ols tak ke mana-mana pun. Check in... rehat dan esoknya meeting the whole day. Lusanya terus zoom balik key ell...

Tuesday, February 28, 2017

Night Safari Zoo Taiping

Sambungan kisah Throwback.

  • 20th Dec 2016 kena hadiri mesyuarat di USM
  • So, 19th dah bertolak... hehehee awainya!!!!!
  • Sambil menyelam minum ayaq kan... so on 19th tgh hari, kami singgah Kellie's Castle dulu.. (seperti dlm stori yg lepas) 
  • Pas tuu singgah pekena mee udang Kuala Sepetang... slurpppp... sodappppp!!!
  • Komdian, kami ke Taiping... nak rasa pengalaman meronda Nite Safari di Zoo Taiping.
  • Check in hotel.. rehat2 jap... makan mlm awai... so jam 8 mlm dah terpacak kat zoo ni


Sementara En asben beratur panjang beli ticket... kami bergambo dulu... Khaleef sangat teruja... tak duduk diam... berlari sana sini. turun naik panjat tangga.. buat aksi lagak ngeri,,, huhhhh... Memang tak sabar... 

Oh yea... tiket masuk nite safari ni.. RM21++ utk dewasa dan RM10++ untuk kiddos.


Supposely, kami masuk bersama ngan sepupu dia... tapi, tak boley nak tunggu beb...  So, kami masuk dulu. Bila malam nii.. better terus naik tram yang disediakan.. Nak jalan kaki boley... tp, tersesat barat... tanggung sendiri maa... gelap beb! Kalau dah arif dengan selok belok zoo ni.. dipersilakan. 

Those yang baru 1st time... better tunggu turn naik tram.. free aje pun!


Hahahaha.. mamat nii dah tak sabar giler nak tgk animals...


Memang tak sabar... Tunggu tram yang tak kunjung tiba... sabar yea nak...



Posing sikit... pengubat penantian yang meresahkan.. keh keh kehh



Finally, our turn pun tiba.... kami duduk betoi2 belakang drebar... dengar ngan jelas explaination tourist guide dia.



Mula2 Khaleef eksited giler... pas tuuu dia dah mula geram... gelap... payah nak nampak haiwan2. Nak kata tak nampak langsung tuu idok lerr.. tapi memang tak puas.

Yea laaa gelap beb... so, tak guna laa kiter nak share gambo2 yang gulap gulita itiew.

Habish satu pusingan, khaleef mintak naik train lagik... maka menapak laa kami sekali lagi ke tempat menunggu tadik.

Dah habish dua round, khaleef dah mula tido... sib baik... kalau idak... ada yang pusing lagik dan lagik...

Bila dia bangun... request nak gi zoo lagik... Insya Allah... ada kesinambungan nya lawatan ke zoo di komdian hari... kalau ada masa kiter nak tepek gak kat sini... tungguuuuu..


Monday, February 27, 2017

Kellie's Castle

Al Kesahhhh... citer Throwback lagi yerk... 

Kisahnya bermula apabila kiter diarahkan untuk menghadiri mesyuarat di USM pada 21 Disember 2016.... So dikesempatan itiew kiter mengambil peluang dan ruang untuk jenjalan sekitar Perak before menjejakkan kaki ke Penang.

Destinasi pilihan kali ini adalah Kellie's Castle. Why Kellie's Castle??? Heheheee.. Meh kiter share info yang menjadikkan kitorang eksited nak gi sinuuunnn...


Kellie's Castle atau turut dikenali Rumah Kellas sememangnya istana yang penuh dengan nilai sejarah dan pelbagai misteri yang menghantui kawasan ini. Jeng... jeng... jengggg...

Lokasi istana indah ini yang terletak di tepi Jalan Gopeng menuju ke Pekan Batu Gajah, hanya 20 perjalanan daripada bandar Ipoh. 

Ramai yang menyatakan Istana Kellie ini ibarat Taj Mahal Malaysia, kerana sepertimana bangunan bersejarah di Agra, India itu, Istana Kellie dikatakan dibina sebagai manifestasi cinta seorang suami kepada isterinya. Jika Taj Mahal dibina sebagai lambang cinta Shah Jehan kepada Mumtaz Mahal, Istana Kellie pula dibina atas rasa kasih dan sayang William Kellie Smith kepada isteri beliau, Agnes. 

Untuk menyingkap keunikan dan misteri istana ini... maka... pada 18 Disember 2016 dan seawal jam 7am kami dah bertolak dari Bangi ke Gopeng, Perak...

Keller's Castle sebuah istana yang binaanya sangat mengagumkan untuk diterokai, tapi bagi sesetengah orang menganggap istana ini berhantu dan mempunyai misterinya yang tersendiri. Dibina oleh William Kellie Smith.

William Kellie Smith asalnya dari Scotland dari keluarga petani... merantau ke Malaya untuk menambahbaik taraf kehidupannya dan dikatakan bertemu jodoh dengan Agnes sewaktu berada diatas kapal dalam perjalanan pulang dari Pulau Pinang. 

Agnes telah melahirkan seorang anak perempuan pada tahun berikutnya dan diberi nama Helen. Namun.. William Kellie Smith memang terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih empayarnya di Tanah Melayu.  Pada tahun 1915, pasangan ini telah diberkati sekali lagi dengan kelahiran anak lelaki mereka yang bernama Anthony setelah bertahun-tahun lamanya Agnes berusaha untuk hamil. 

Bagi meraikan kelahiran Anthony, William Kellie Smith telah memutuskan untuk memperluaskan lagi kediamannya. Beliau telah memulakan perancangan untuk membina sebuah istana besar yang akan menjadi sebahagian daripada Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland. 

Ketaksubkan William Kellie Smith  dengan agama Hindu dan budaya India membuatkan beliau merancang Istana dan Rumah Kellas berbentuk mirip senibina orang-orang Madras dengan menggunakan batu bata dan seramik diimport dari India. Beliau turut membawa sejumlah besar pekerja buruh India dalam impiannya untuk membina Rumah Kellas menurut seni bina India asli.


Namun... Hajat William tidak kesampaian

Mahligai mewah di pinggir sungai ini akhirnya terbengkalai apabila wabak Spanish Flu membunuh ramai pekerja beliau.

11 tahun selepas ia mula dibina, rumah ini masih belum siap. Malang seribu kali malang, beliau juga tidak dapat merasai gahnya tinggal di rumah ini kerana semasa perjalanan beliau ke Lisbon, beliau meninggal dunia kerana sakit pneumonia.

Kellie Jadi Hantu?

Orang tempatan dahulunya memanggil tempat ini sebagai istana berhantu Kellie. Bukan apa, dikatakan ada yang terserempak kelibat Kellie dan anak perempuannya berjalan-jalan di koridor rumah ini pada waktu malam dalam baju tidur mereka. Apa yang menyebabkan istana ini berhantu... 

Katanya... kerana hajat yang tak kesampaian itu laa menjadikan roh mereka tidak tenteram... huhuhuuu...

Akan tetapi setelah ia dibaik pulih, cerita ini kurang kedengaran. Walau kurang kedengaran... ianya masih di cop sebagai haunted Castle... hihihiiii


Haaa... dah tau serba sedikit sejarah Istana Kellie's kannn.. dah jom ikut kiter jelajah tinggalan sejarah ini.

Kami sampai lebih kurang 10.30am... hurmmm cuaca time nii dah panas berdesing... cepat-cepat kami beli tiket masuk dengan harga RM5 dewasa dan RM4 kanak-kanak. Ni kitorang dah depan gate masuk... Oh yea... lupa nak mention... kat sini ada cafe tau... those yang nak bersarapan or makan2 kat sini silakan.. Tapi kami dah bekpas on de way tadik.


Melepasi gate... kami menyeberangi jambatan untuk menapak ke istana Kella's ini.


Kalau dari depan... kita akan nampak istana ini... actually ini merupakan kediaman kedua bagi William...



Rumah asalnya/rumah pertamanya terletak bersebelahan Istana Kellie's dimana ditempatkan orang gaji, pekerja dan klinik. Sayangnya 80% bahagian Rumah Kellas ni telah musnah akibat Perang Dunia Kedua dan hanya 20% jer bahagian yang masih utuh sehingga sekarang. Before we ols pergi tengok rumah ini dengan lebih dekat... kami lawat dulu Istana Kella's yg dikatakan berhantu dan misteri itiew.



Masuk aje istana ini... boley dapatkan info or stori istana ini. Terdapat juga ruangan kisah sejarah mengenai pemilik istana ni serta setiap ruang bilik disediakan papan tanda dan maklumat untuk pengunjung, malah ada satu ruangan bilik telah dihiasi dengan perabot yang sama ketika zaman itu….



Ruang istana ini sememangnya luas 


Juga mempunyai banyak anak tangga serta laluan rahsia. Katanya terdapat 4 terowong rahsia yang dibina bagi tujuan keselamatan ketika waktu darurat,


Kellie’s Castle dikatakan mempunyai 14 buah bilik. Tapi kan... sebesau-besau istana nii.. jangan harap nak jumpa toilet... memang istana ni tak de toilet tau... Memang kat depan istana nii ada sungai... tapi... kena menapak sikit. Camner laaa kalau dah nak terkuchill yang amat... huhuhuhuuu


Ini di korridor di tingkat 2.  dikatakan disini juga kelibat atau roh-roh  penghuni istana ini kelihatan! Sebelah koridor niii of course laaa bilik...


Ini lokasi bilik utama serta bilik anak-anak william dan Agnes.. memang besauuuu...





Menariknya mengenai proses pembinaan istana ini dibina menggunakan putih telur, gula merah dan madu. Oleh kerana pada ketika itu simen tidak ada di Malaya, maka dinding istana tersebut dibina dengan kaedah yang sangat unik, iaitu dengan menggunakan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu. Apa kaitan gambo we ols dengan fakta binaan tu... entahhhh.. sila abaikan! Keh keh kehh!



Ni kami panjat lagi anak tangga.. keluar aje dari anak tangga... taraaa... dah berada di tingkat atas. Terdapat 1 ruangan shaf lif di Kellie’s Castle (yang berjaring tuuu), di mana sekiranya istana ini dibina sepenuhnya mungkin akan menjadi lif yang pertama di Malaya pada ketika itu. Tapi sayangnya.. lif tersebut tak sempat dipasang... so tinggal laa ruang yang berjaring tuu... bila berdiri tepi jaring dan memandang ke bawah... Seriau darah mok cik... sayuuuppp aje kat bawah tuuu.






Di tingkat atas, kawasan bumbung bersimen yang agak luas didirikan gelanggang tenis mengikut perancangan Tuan William. Punya laa luas.. boley terebang rasanya.. But please be carefull... tak de tembok tauu... tali aje dipasang agar pengujung elert


Kami memberanikan diri berdiri dipenjuru untuk dapatkan latar belakang rumah pertama William.


Turun aje kembali ke tingkat 2... snap gambo rumah pertama William dengan lebih jelas lagik. 


Ini lorong antara rumah pertama William dengan Istana barunya ini. Yang bulat hitam tuuu salah satu terowong rahsia yg kiter storikan kat atas tadik.



Sebelah tu laakk... ada dapur/oven tertua... nampak takkk??? Yup... tembok nii laaa oven tersebut... canggih dan besar oven depa  kannn???



Hurmm... my opinion kan... rumah pertama dia nii dah cukup chantekkk. Awat laa Helen tuu tak puas hati lagik kan??? Hurmmmm....



Dah... dengan gambo nii... kami tinggalkan kisah pengembaraan kami di sini...

On de way ke destinasi berikutnya... a few question regarding this Castle dijadikan soklan quize untuk my kiddos...

Antara soklannya:
1) Di mana letaknya istana ini.....
2) Berikan pemilik istana ini....
3) Siapakan nama isteri William?
4) Berikan nama 2 nak william
5) Manakah satu rumah pertma william? Depan atau belakang

All the jawapan  kami dapat masa baca info kat dalam istana tadik... Pemenang kuiz tuu adalahhh... Kimie.. dengan markahnya 3 manakala sephia 2.. Khaleef.. kena ksi full mark... Kalau idokk.. muncung dia..

Sebagai upah dan hadiah... pekena mee udang di Kuala Sepetang... [ehhh betoi kee nama tempat nii... hurmmmm...]

Jumpa lagi dengan kesah-kesah Throwback kami!!!!! 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails