Sunday, May 11, 2008

huwainas.blog.friendster.com/2008/05/selamat-hari-ibu/

Selamat Hari Ibu…..

Emmm… lama gak tak up-date blog ni. Since badan masih lagi penat (sebab baru balik dari mengawas Exam kat Terengganu)…. Kiter ambik ler peluang niii untuk up-date blog ni. Oh yea…. dengan berat hati kiter lepaskan tawaran LHDNM. Bukannya tak berminat….. tapi, demi ’status ibu’…. biarlah kerjaya yang diidamkan ditinggalkan sementara. Moga inilah keputusan yang terbaik yang kiter buat. Syukur dipanjatkan atas rezeki yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. ini.

Terima kasih diucapkan kepada PPL, espescially kat Prof Aziz.

Dikesempatan ini juga, kiter nak ucapkan Selamat Hari ibu buat dua insan tersayang….. mak (my mum) and mama (my mother in law).

Gambar_terbaru_290806_001_1 Untuk mak…..

Terima kasih yang tak terhingga atas didikan & asuhan yang diberi sehingga amy berjaya. Dah bertahun-tahun berlalu….. kenangan bersama suatu tika dahulu masih segar dalam ingatan. Banyak suka duka dan pahit manis yang termaksa mak tempuhi dalam mendidik 7 orang anak ini. Sehingga kini…. Mak masih membanting tulang bagi membantu beban abah dalam membesarkan adik-adik yang lain. Doa amy….. moga suatu hari nanti mak boleh berehat dan tibalah masanya kesemua anak-anakmu membalas segala jasa dan pengorbananmu yang terhingga itu…. I love u so much… muahhhh…….!

Koleksi_21_ogos_05_100_3 Buat mama….

You are the best mother in-law in this world. Ketabahanmu…. kelembutanmu…..kasih sayangmu sangat amy kagumi. Berjauhan denganmu amat dirasai….. Semoga ibu-ibu di dunia mencontohi mu…… I really miss you mama…..

Ok laaa…..

Selamat Hari Ibu untuk semua ibu, mak, bonda, mummy, mama, ummi, amma, mek…. Alaaaa semua laaaa….

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails