Saturday, June 20, 2009

Jangan Pandang Belakang Congkak

Citer yang dah basi gak kiter nak share ngan korang... On 06 of June malam.... sambungan bagi meraikan besday didie dulu.... Mulanya kitorang ke Book Fair kat mines and pas tuuu kitorang tengok movie.... Ingat nak tengok Night of Meseum 2... tapi kitorang beralih angin lak..... saja nak memeriahkan filem MAlaysia laaa kunun... So kali niii kitorang pilih movie Jangan Pandang Belakang Congkak.

As usual.... sebelum masuk.... pose dulu ngan poster movie... Puas gak suruh bebudak niii pose kali nii... Depa takut ngan gambo hantu bertiga ekor tuh... Ini ajae ler gambar yang dapat dicapture. Jauh jerrr depa duduk.




Sinopsis citer nyer.....

Di sebuah kampung tinggal seorang tua bernama Pak Sudir, seorang yang sangat kaya dan dikatakan memelihara saka. Pak Sudir tinggal dengan seorang pembantu iaitu Mustika.Di saat kematian Pak Sudir, pelbagai kejadian aneh telah berlaku menggemparkan penduduk kampung. Dikatakan Pak Sudir telah lama meninggal dan yang terlantar sakit itu adalah sakanya. Seorang bomoh terkenal, Pak Mor dipanggil dan setelah berlaku pertarungan dahsyat, saka telah berjaya dikeluarkan dan Pak Sudir akhirnya meninggal dunia.

Di Kuala Lumpur, 3 orang pemuda telah mendapat sepucuk surat setiap seorang daripada Pak Sudir menjemput mereka datang ke rumahnya. Punai, seorang penyeluk saku, Asmat bekerja di tempat letak kereta dan Johan pula seorang jurujual. Pada hari yang ditetapkan, ketiga-tiga mereka tiba di rumah Pak Sudir.Di sana barulah mereka tahu yang Pak Sudir adalah datuk mereka dan mereka bertiga adalah sepupu.

Mustika memberitahu lagi bahawa mereka bertiga bakal mewarisi harta pusaka peninggalan Pak Sudir sekiranya mereka berjaya mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Mereka hendaklah bermalam di rumah tersebut selama 3 malam berturut-turut dan tidak boleh menyentuh apa-apa barang di rumah tersebut terutamanya sebuah congkak usang.

Oleh kerana syarat itu dianggap terlalu mudah bagi mereka dan ini adalah peluang untuk hidup senang, mereka pun bersetuju dengan syarat-syarat tersebut. Apa yang mereka tidak tahu adalah, sebenarnya mereka akan mewarisi ilmu saka Pak Sudir jika Berjaya mengharungi tiga malam tersebut.

Pada malam pertama, mereka telah terjumpa congkak usang yang dimaksudkan oleh Mustika. Mereka membelek-belek congkak tersebut dan apabila dibalikkan di belakang congkak itu, terdapat tulisan Sanskrit yang terukir. Ketika itu juga tulisan tersebut seperti mengeluarkan cahaya dan terkena pada muka mereka bertiga lalu mereka pengsan.

Kampung yang telah aman semenjak kematian Pak Sudir tiba-tiba gempar. Orang minyak telah muncul dan mendapat mangsa pertama. Satu makhluk yang menyerupai hantu raya juga telah muncul dan telah memakan ayam satu reban dan satu makhluk yang menyerupai toyol telah muncul dan mencuri duit kepunyaan orang kampung. Ketiga-ketiga kejadian itu berlaku serentak pada malam yang sama.

Pada pagi esoknya Punai bangun dari tidur dan hairan bagaimana satu bra boleh tergantung di lehernya. Johan pula bangun dengan bulu-bulu ayam dan darah ayam penuh di mulutnya. Asmat pula bangun dan di poketnya penuh dengan duit. Mereka sendiri tidak tahu apa yang telah berlaku pada diri mereka.

Pagi itu satu kampung heboh dengan tiga kejadian yang berlaku serentak pada satu malam itu. Berbagai-bagai andaian telah dibuat oleh orang-orang kampung tentang kejadian-kejadian itu.

Bagaimana kesudahan nasib depa bertiga... ???? korang tengok lerrr sendiri....

Kesimpulan yang dapat kiter buat kat filem niii... ermm... actually pengisian atau pengajaran dari filem niii TIADA coz jalan citer nyer ringan yang amat.... citer untuk suka-suka dan untuk gelak-gelak aje.... Dan rasanyer tak berapa sesuai gak bebudak kecik nengok citer nii... ada laaa beberapa bahasa yang perlu dituttt kan.

Anyway.... sesiapa nak realese tension... bole ler tengok citer nii... kelakar.....Kalau gelak tuuu memang sungguh-sunguh lerrr.... sampai keras perut... sakit rahang dibuatnyer.... Untuk itu 3 popcorn kiter berikan untuk Jangan Pandang Belakang Congkak.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails