Friday, July 31, 2009

Harry Potter and The Half Blood Prince

Filem ini sudah lama kiter tunggu dan akhirnya sekuel keenam Harry Potter, Harry Potter and The Half Blood Prince, muncul juga. So on 18th Julai lepas.... kiter berkesempatan tuk gi menonton filem niii.


Tahun keenam Harry Potter di Hogwarts menceritakan ketibaan seorang guru baru di Hogwarts, Horace Slughorn, menambah perasa dalam kehidupan harry potter di Hogwarts dan membantu Harry dalam beberapa perkara.

Harry potter telah terjumpe satu buku Potion (magik) lama yang dipunyai oleh seorang yang penuh dengan misteri iaitu Half-Blood Prince. Buku tu telah mengajar potter bagaimana untuk memperbaiki sihirnya dan juga menambah kekuatan sihirnya.

Potter juga telah mendapat ajaran istimewa daripada Professor Dumbledore dimana dia telah mempelajari rahsia kegelapan Voldemorts dengan harapan dapat mencari jawapan untuk mengalahkan Voldemort yang mepunyai kehidupan yang abadi. Harry juga perlu mencari Horcruxes dimana rahsia Voldemort berada.

Harry juga jadi lebih stress dengan aktiviti mencurigakan Draco Malfoy yang selalu curi-curi keluar. Harry berpendapat Malfoy berhubung dengan Voldemort (memang btul pun). Harry jadi obsessed nak tahu ape yang Malfoy rancangkan dan telah menghentikan rancangan Malfoy itu. Malfoy pulak dilindungi oleh Professor Snape (tak tau dia niii sebenarnyer baik ke jahat kann???) yang telah bersumpah maut untuk melindunginyer.

Walaupun begitu, Harry dan rakan-rakan masih menjalani kehidupan harian, sibuk dengan kerja sekolah, bermain Quidditch (Harry jadi ketua pasukan) serta menceritakan kisah asmara Harry Potter dengan Ginny dan juga Ronald Weasley dan Hermione Granger.

Siri ini kurang magis yang dipaparkan sebaliknyer lebih banyak menceritakan perasaan anak remaja yang mula berjinak dengan cinta.Dannnn… ending citer ni berakhir dengan kematian seorang yang sangat penting kepada Harry. Iaitu Dumbledore.

Ermmmm…. Tak tau nak simpulkan camner filem niii sobab yang kita sangka baik rupanyer idak… yang disangka jahat rupanyer sebaliknye dan bukan semua orang dapat meneruskan hidup. That’s all….

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails