Monday, August 31, 2009

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Salam buat kalian guys.... today 31 August 2009, kita rakyat Malaysia telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-52 tahun. Camner sambutan merdeka kali ini kan???

Tidak seperti tahun-tahun yang lepas... konsert sana sini. Artis di sorak dan dipuja pada malam tersebut.... count down dan jerit beramai ramai..... kali niii cam sepi jer kan....???? Adakah ini bermakna kita rakyat MAlaysia dah tak der semangat kemerdekaan??? Oh idak..... konsert bukan la sesuatu yang patut kita banggakan petanda kita menghayati kemerdekaan... tapi itu laaa yang dibanggakan oleh muda mudi masa kini.

JAlur gemilang pula.... juga tidak seperti tahun-tahun yang lepas... tak banyak pun jalur gemilang di kibarkan... Adakah kita sudah lupa? Adakah kita sudah lalai? Adakah kita sudah leka? Adakah sebab puasa?

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kita generasi yang tidak lahir di era penjajahan. Sehubungan dengan itu kita semua tak dapat menghayati erti sebuah kemerdekaan yang sebenar. Tapi.... cubalah kita menggali erti sebuat kebebasan... bebas dari cengkaman penjajah.... Agar kita dapat menghayati sekelumit makna KEMERDEKAAN.

Banyak cara yang boleh kita buat untuk mendapatkan erti merdeka... salah satunya menerusi pembacaan... baca laa sejarah tentang sejarah MAlaysia... dari perjuangan berbentuk kekerasan fizikal dan peperangan hinggalah perjuangan menggunakan mental...lidah dan media... Terlalu banyak jerih perih datuk nenek kita dalam memperjuangkan kebebasan. Menerusi pembacaan tersebut juga kita sebagai rakyat MAlaysia yang pelbagai kaum ini sepatutnya hidup bersatu padu. Sedar akan asal usul kewujudan kita di tanah air kita ini. Tidak lagi mencetuskan sentimen perkauman seperti sekarang. Woii.... bangit dan sedar laaaaaaa!!!!

KAlau dah malas sangat nak membaca.... tengok ajer lerrr cerita yang telah difilemkan... seperti citer bukit kepong, bilut, embun dan banyak lagi maaa.... sedikit sebanyak kita dapat cuba merasainya.

Sehubungan dengan itu kita harus berterima kasih kepada datuk nenek kita yang telah berjuang demi kemerdekaan ini dan yang penting kita mengucapkan Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinnya kita dapat mengecapi kemerdekaan ini dan semoga kebebasan ini terus dipertahankan.

Mendapatkan kemerdekaan itu memang payah... tetapi lebih sukar bagi kita untuk mempertahankannya. Sehubungan dengan itu marilah kita bersatu padu mempertahankan kemerdekaan ini dan berusaha pula menentang penjajah yang telah mula menjajah mental kita dengan pelbagai budaya dan anasir yang negatif.

Untuk mu MAlaysia..... "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails