Friday, October 2, 2009

Didie & Ekzema

To new readers kiter perkenalkan.... niii anak kiter yg no-2.... didie...
Didie niii banyak bebonar penyakitnyer. Kejap tuuu kejap niii.... penyakit datang dan pergi... tapi satu penyakit yang datang dan tak pergi-pergi lagik ialah ekzema. Penyakit niii dia dapat selepas dia ambik steriod masa kena Nephoritic Syndrome dulu.
Pelbagai ubatan, cream, mandian dan syampoo khas telah digunakan. Tapi penyakit niii pergi seketika. Komdian datang balik.... Kekadang tuuu sampai hitam dan berdarah kulit dia especially kat pelipat tangan, kaki dan leher akibat menggaru.
1 week before raya... kegatalannya kat kepala menjadik-jadik. Benjolan cam bisul tumbuh lagi sekali penuh kat kepala. Didie menggaruk sampai berdarah, tercabut rambut dan kulit kepala. So, kitorng decide nak potong aje rambutnya but.... Kitorang tangguhkan dulu sehingga lepas raya.
A week aftar raya... kitorang terus ke salon menunaikan hajat. NAk dijadikkan stori... salon yang biasa kiter gi tutup ler pulak... so terjah aje salon yang mana bukak.

didie terdiam kesayuan.... dia sayang nak potong rambut..... takut dia tak bole jadik princess coz berambut pendek


menyaksikan rambut dipendekkan sedikit demi sedikit

IBU: Mana adik suka... rambut panjang atau pendek?
DIDIE: "hanya mendiamkan diri"

niii dia sebaik keluar dari salon... puas mintak dia senyum.... dia banyak berdiam.
Setelah beberapa jam berlalu, dia mula dapat merasa nilai kelegaan.... sekarang bila ditanya suka rambut panjang atau pendek... dengan pantas dia menjawab "PENDEK"
Lega gak kitorang biler dapat mengurangkan sedikit kesengsaraanya. Tapi... dia still berperang ngan ekzema nii....
For those yang nak tahu apa itu ekzema... disini kita copy paste sedikit maklumat penyakit ekzema yang kiter ambik dari http://www.myhealth.gov.my/

Apa itu ekzema?

Ekzema biasanya ia terjadi pada bayi/kanak kanak. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit).
Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat akan menjadi berkerak.
Biasanya kanak-kanak mendapat ekzema sebelum berumur 5 tahun. Kebanyakan kanak-kanak akan membesar tanpa masalah ini jika mereka tidak menghadapi alahan atau asma. Ianya bukanlah satu jangkitan.

Apa penyebab ekzema?
Keturunan.
Alahan
Boleh terjadi pada kulit yang kering, gatal dan sensitif pada kepanasan, kain berbulu dan permukaan yang kasar.
Ia juga boleh terjadi akibat perkara-perkara seperti berikut:-
Infeksi virus.
Bahan kimia/perangsang seperti sabun, pembersih atau minyak wangi.
Lain lain jangkitan.
Alahan/alergi kepada bahan makanan atau lain-lain bahan yang boleh menyebabkan alahan


Apakah tanda tanda dan gejala-gejala ekzema?
Ekzema kelihatan seperti :
Tompok tompok yang gatal, kekeringan kulit pada tangan, leher, muka, dan kaki
Kemerahan, kulit bersisik dan pertukaran warna kulit.
Bengkak kecil yang berair.

Bagaimana ekzema boleh dirawat secara perubatan?
Minta nasihat doktor untuk menentukan diagnosa. Doktor akan membuat rawatan seperti berikut:
Ubat pencegah gatal seperti antihistamin
Losyen pelembab, krim untuk menahan kekeringan dan kegatalan.
Zrim Steroid digunakan untuk kes-kes yang teruk .
Antibiotik jika terdapat jangkitan kuman
Rawatan di atas hanya untuk mengawal, mengurangkan gejala dan tanda tetapi bukan untuk penyembuhan.

Bagaimana cara saya boleh menolong anak saya?
Letakkan anak di bilik yang selesa dan nyaman
Elakkan mandi air panas/suam.
Elakkan memakai baju berlapis-lapis
Gunakan pakaian jenis kapas dan nipis.
Elakkan dari fabrik yang kasar.
Jangan gunakan sabun apabila mandi.
Gunakan krim pelembab selepas mengelap anak anda
Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails