Wednesday, November 4, 2009

Sebulan telah berlalu

Dalam sedar tak sedar.... mama telah sebulan meninggalkan kami. Sebulan itu bermakna lebih kurang 30 hari telah berlalu. Tetapi... hingga kini kiter masih merasai mama masih ada. Rindu kiter padanyer semakin menebal. Hari-hari kiter memanjatkan doa agar dapat dipertemukan dengan mama walau dalam mimpi. Sehingga kini kiter masih diselubungi duka. Tiada pun dalam sehari kiter berhenti dari mengingatinya.

Mama... Mie amat merinduimu....

Keadaan emosi kiter masih terganggu dengan permergian mama. Kiter masih belum bole menerima hakikat bahawa mama sudah tiada. Sehubungan dengan itu, PAda 26/10 (isnin) yang lepas... kiter telah berjumpa dengan rakan kaunselor kiter di UPM (Pn. Rafidah & En Ridzuan). Mereka telah menyarankan kiter terlebih dahulu pergi ke kursus ESQ yang kebetulannya akan diadakan pada keesokkan harinya selama 3 hari. Walaupun nama kiter tiada dalam senarai, mereka akan cuba selitkan.


Dengan jiwa yang kosong dan emosi yang bercelaru ini.... kursus ini banyak membantu kiter muhasabah diri. Apa yang amat-amat memberi kesan kursus ini kepada diri kiter ketika ini ialah.... yang utama meletakkan cinta & rindu kepada Allah dan bukan pada makhluknya. Lihatlah.... cinta & rindu pada manusia.... tak kekal lama. PAbila Dia berkata... Kun Fa Ya Kun.... maka semua itu akan berlalu meninggalkan kita. Hanya cinta pada-Nya yang kekal abadi...


Apa yang dikatakan oleh Pak Dudi (penceramah ESQ) berlegar-legar diminda kiter. Antaranya ceritanya mengenai perjalanan roh pabila berpisah dari jasadnya. Terbang perlahan-lahan meninggalkan jasad... meninggalkan sanak saudara.... meninggalkan rumah.... meninggalkan negara... meninggalkan benua... meninggalkan bumi.... meninggalkan angkasa raya... sehingga kelihatan segala cakerawala ini tak ubah seperi butiran pasir.... halus sekali... sehingga tidak dapat dilihat lagi... sama seperti yang termaktub di dalam al- Quran. Roh meneruskan perjalannya sehingga roh tersebut hinggap di pohon syurga menanti sehingga hari kiamat.


Memandangkan sebulan telah berlalu.... kiter dapat rasakan perjalanan mama telah jauh.... jauh meninggalkan kami.... dan sudah pastinya tak akan kembali lagi. Justeru itu.... dengan hati yang memberontak untuk menyangkalkannya... dengan air mata yang bercucuran.... ingin kiter nyatakan bahawa...... kiter sedar bahawa memang mama sudah tiada....... dan kiter terpaksa menerima hakikat ini....



YA... kita telah menerima hakikat ini... dan redha dengan pemergianmu mama. Biarpun kerinduan ini tiada bertepi.... kami redha dikau meninggalkan kami. Sungguh pun dengan itu.... Insya-Allah dirimu takkan ku lupakan.... kiriman doa akan senantiasa kami titipkan. Biarlah diri ini hidup dengan segala kenangan yang telah kita ciptakan bersama. Biarlah kasih sayangmu menyelimuti diri ini.



Salam Al-fatihah buatmu.... mama...........

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails