Monday, December 7, 2009

Bercuti bersama birthday boy (ATUK)

Menghabiskan cuti tahunan kali niii... pada 1-3 Dec kiter ke Hotel Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan mengikut my hubby yang berseminar. Kali niii kitorang bawa bersama my youngest brother (I-In) and my father in-law.



Ermmm... best gak pemandangan di sini... bole laaa....


view's fr our room

ni pun view dari bilik kitorang





as usual... tak sah percutian kalau bebudak niii tak terjun dalam swimming pool. Mereka lebih banyak ditemani oleh atuk. Kimie yang pada mulanya jalan terkedek-kedek macam itik terlekat telur, teragak-agak/ngeri nak masuk dalam air ekoran dari berkhatannya dah mula lupa diri... terjun dan melompat sini sana... Masya-Allah... ngeri kitorang jadiknya.

Esoknya 02 Dec 09, sebaik sahaja mengambil sarapan, kitorang ke Melaka... melawat sedara mara ayah (besday boy pada hari tersebut). Buat pengetahuan u ols... Setiap kali my parents in-law balik Melaka... kiter pasti akan mengiringi mereka. So far yang kiter ingat just sekali jer kiter tak ikut sekali.
Kali ni ayah ke Melaka dengan diiringi cucu dan menantu sahaja. Pertemuan Ayah dengan adik beradiknya sedikit sebanyak dapat mengubati hatinya yang berduka di atas pemergian isterinya. Kepada adik-beradiknya dia meluahkan kerinduan dan kesepian yang dialaminya sejak peninggalan mama. Air mata ayah tak dapat ditahan-tahan lagi...menceritakan betapa sepinya dia tinggal sendirian di sana. Kiter hanya sekadar menjadi pemerhati kerna kiter tak mampu untuk berbuat apa-apa buat tika dan saat ini.
Kul 3.45 baru kami sampai kat bilik hotel. Berehat seketika... dan sebaik sahaja masuk asar... bebudak nii terus merengek nak ke kolam renang. Apa lagik... atuk lerr yang kena teman cucu-cucunya dahulu. Komdiannya baru ibu dan ayah turun selepas sesi conference my hubby tamat.

tak lama komdian... mika lak turun... tapi sikecik ni tak bole nak berendam lagik... ermm... setakat bergambar aje laaa...

Malam kitorang join BBQ dinner conference nii.. Since kitorang tak sempat beli kek besday untuk atuk.... didie just suapkan kek/dessert hotel nii punya sebagai tanda meraikan besday atuknya malam tersebut.




Nii the last day kitorang kat PD nii... nak bersiap balik dah pun... Malam tuh besday boy belanja kitorang anak beranak makan sempena dengan sambutan belated besdaynya. Gambar masa makan-makan tuh kiter tak rakam coz mood ayah berada dalam keadaan sedih & sayu kerana pasangan hidupnya yang saban tahun tidak pernah lupa untuk wish besdaynya sudah tiada di sisi.


Pejam mata.... tadah tangan... surprise atuk.... hadiah untuk belated besday atuk yang tak seberapanya dari kami.

Kepada ayah... kami doakan agar ayah dipanjangkan umur... dimurahkan rezeki.. dikurniakan dengan kesihatan yang baik... tabah... sabar... dan bahagia disamping kami semua... anak-menantu... cucu-cucu... saudara mara dan sahabat handai.






No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails