Monday, January 11, 2010

KONTROVERSI PENGGUNAAN KALIMAH 'ALLAH'

Selalunya entry yang kiter muatkan dalam disini bersifat leasure dan peribadi. Tapi… kali niii kiter nak share apa yang terbuku dihati kiter ini iaitu isu yang menjadik kontroversi ketika ini “PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH”

Setelah sekian lama kaum bukan Islam umumnya cukup memahami daerah sensitiviti masyarakat Melayu-Muslim, dan demikian pula sebaliknya. Kerana itu hal-hal yang berkaitan dengan kedudukan Melayu dan Islam biasanya tidak diusik atau diganggu. Maka dengan itu kita telah dirujuk sebagai model negara berbilang kaum dan agama yang rukun, harmonis dan penuh tolerasi.

Tetapi kini…. Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya tujuan mereka? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah pun, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan berleluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan panasnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung penganut agama Islam.

Memetik kata Syed Mohd Naquib Al Attas:

Allah itu bukan sekadar tuhan. Allah itu adalah satu nama khas merujuk kepada Allah, iaitu Tuhan yang Maha Esa. Oleh itu makna Kalimah suci - Lailaha Illallah.. membawa makna - Tiada Tuhan Selain Allah.

Kalau Allah itu sekadar translasi bagi makna Tuhan...Maka, ia membawa maksud, Tiada TUHAN selain TUHAN...Ia tidak membawa makna apa-apa... sebab Allah itu sekadar tuhan.. tak ada makna.. Berbanding Tiada TUHAN Selain ALLAH...

Maka Allah itu ada Makna disebaliknya. Ia adalah sebuah kata nama Khas dan bukan kata nama umum sahaja. Kiter ulangi ALLAH adalah NAMA KHAS... NAMA KHAS....

Juga bersependapat dengan Tun Mahathir bahawa:

Mungkin juga kalimah "Allah" mereka fikirkan dapat menyamakan agama Kristian dengan agama Islam kerana menyembah Tuhan yang sama. Dengan ini penerimaan agama Kristian oleh orang Islam boleh jadi lebih mudah. Maka dengan mudahlah mereka dapat melebarkan sayap Kristian ke atas orang Melayu yang cetek ilmunya.

Dalam Islam, definisi yang diungkapkan oleh Allah sendiri dalam surah al-Ikhlas, “Katakanlah: Dia-lah Allah, Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia.”

Ini bercanggah dengan Agama Kristian terdapat konsep "Trinity" yang mana terdapat "God the Father, God the Son and the Holy Ghost". Jika Kalimah Allah digunakan dan ditafsirkan dalam bahasa Melayu spt yg terdapat dalam kitab Injil atau syarahan berkenaan "Allah sebagai Bapak, Allah sebagai Anak dan Roh yang Suci", maka tentulah ini akan ditentang oleh orang Islam.

Yang herannya kenapa God itu nak diterjemahkan kepada Allah dan bukannya Krishnan, Murugan atau Buddha… Kenapa??? Kenapa??? Nampakkan ada niat busuk disebaliknya kan???

Kepada mereka yang berniat jahat itu, Sudahlah…. Janganlah ganggu Agama kami seperti mana kami tidak mengganggu Agama kamu… Seperi yang tercatat dalam Surah Al-Kafiruun ayat 6 dalam kitab suci kami Al-Quran yang membawa maksud “Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”. Maka jangan diganggu Agama kami dan AWAS….

Sekiranya kalian ingin meneruskan juga niat kotor kalian… kami doakan kalian ditimpa laknat dari Allah… tuhan sekalian alam…

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails