Tuesday, January 26, 2010

Sausage Roll

Sekali lagi kiter nak muatkan entry perkongsian resepi. Kali nii still berkisarkan sausage, Sebab anak teruna kiter mmg suka makan benda yg simple nii. Masa penyediaan lebih kurang 10 minit jer.... So sesuai untuk dibuat sarapan pagi/bekal untuk anak2.


Bahan-Bahannya:

6 keping roti (untuk 6 roll)
6 btg sausage pjg
1 biji telur (dipukul)
Serbuk roti (x isi pun tak pe!)
minyak untuk memasak


Cara membuatnya:

1. Leperkan roti ngan roll pin. Ini memudahkan kerja2 nak menggulung nanti dan roti nii tak serap minyak yg terlampau banyak!

2. Letakkan sausage dan gulung... gamkan hujung roti nii ngan sedikit telur

3. Golekkan roti sausage niii dalam telur

4. Golekkan pula pada serbuk roti . Ni optional tau... kalau x de pun tak pe. Cuma kalau ada serbuk roti niii.... sausage roll nii akan rasa lebih rangup/crispy.

5. Goreng ngan api perlahan.

6. Dah siaapppp


niii sausage roll yg kiter dah potong kecik2 untuk kimie bawak ke sekolah!!!

Mudah kann!!!! Selamat mencuba!!!

1 comment:

nashora said...

habis rama2 mana pergi????

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails