Monday, February 22, 2010

Produk UPM...

To reader sekalian.... for those yang tak pernah tau berita nih... mai sini den nak khobarkan.... ni dia one off produk UPM... AIR PUTRA....

Actually air ni dah lama UPM launch... tapi baru tadik (masa perasmian Majlis Pecah Tanah TBS) kiter dapat pegang dan tengok air nih. Bole ler hilangkan dahaga ngan cuaca yang panas akhir-akhir nih... Tapi... sanggup tuuu kiter tak minum tadik.... kiter tahan aje!!! Kenape yerkk????

He he he... kiter simpan air niii untuk dicapture gambarnya untuk dimuatkan dlm blog ni.... alaaa.... kalau tangkap gambar botoi kosong pun tak pe kan??? tak pun refil air lain... korang bukan tau kan?? Hurmmm... sanggup tuuu tahan dahaga semata-mata nak capture gambar air ni. Ape ke bendul kiter nih kan??? Muah haa haaa....

Tapi bukan kes bendul yg kiter nak share ngan korang... Yang kiter nah ketengahkan kat sini ialah... UPM bukan aje lahirkan graduan... tapi ada gak produk-produk lain contohnya RO water nih... So, kepada PTJ-PTJ under UPM.... please buy our product!!!! Buatan tempatan... mesti mari!!!!!!

Pada reader kat luar sana... meh ler try product UPM nih.... mari mari... mariiii.....

Saturday, February 20, 2010

Rindu ler tuh

Hari ni sejarah baru telah tercatat dalam rencah kehidupan kitorang. Buat pertama kalinya kiter ditinggalkan oleh My Hubby (bertugas/outstation kat Nganu).

Actually kiter bukannya tak pernah berjauhan ngan my hubby nih. Tapi kali ni lain fesyennya. Selalunya kiter yg outstation dan anak-anak fully dibawah jagaan my hubby. Tak pun… kiter balik berpantang. Dan ini lah buat pertama kalinya setelah 8 tahun berumah tangga, my hubby tinggalkan kiter. Hu hu hu… patah gak kaki kiter. Actually, kalau tak de pilihan sesangat… terpaksa laaa drive sendiri. Tapi paham-paham aje lerrr… Stress gak kiter. Nasib baik ada lina (adik ipar kiter). Dia laa yg tolong hantar/ambil kimie ke sekolah (sekolah ganti). Sok lak dia sudi tlg htr kimie ke pdg bola UKM. Dan thanks to Syahrul… tlg pick-up kiter gi kenduri Humairah.

Kimie???? Dia pernah gak berjauhan dari kitorang. Dulu… masa arwah my mother in law ada lagik… pernah dia ikut balik bermalam kat Terengganu dan Melaka. Tak kisah pun kitorg tak de… asalkan ada nenek!

Yang menjadi problemnya adalah didie…. Inilah buat sekian kalinya dia berpisah dengan ayahnya. Seawal 4 pagik… dia dah menagis coz ayah dia nak gi airport… Jam baru menunjukkan kul 7.30 am… dia dah Tanya bila ayah nak balik… selang berapa jam dia Tanya lagik. Kat Tmn Melati… dia lupa jap. Sampai rumah… dah mula nangis-nangis. Beberapa kali gak tepon ayahnya…. Bila dah sebak sangat…. Dia terus hempas telefon…. Tak mau cakap…

kalau diperhatikan gambor nih... matanya still kebasahan. Niii baru lepas meraung… berhenti jap masa minum susu! TAk tau laaa camner dia nak tido malam nih…

My Hubby?
Ermm... dan ini lah pengalaman pertamanya keluar bertugas meninggalkan kami. Dengan kompem dan pasti dan confidentnya kita nyatakan di sini bahawa My hubby amat-amat rinduw kan kiter… TAk caya? NAk bukti…? Dia kuar rumah kul 5 pagik kan??? Belum pun jam menunjukkan kul 12 tgh… kiter dah menerima lebih 10 panggilan tepon dari dia…. Dari masa ke semasa dia tepon kiter. Niii masa kiter dok tgh taip entry nii… dia baru jer call… He he he… rindu ler tuh!

Aqiqah Nur Humairah

Humairah sudah 2 bulan…. Dan dikesempatan itu, mama dan ayahnya membuat keputusan untuk membuat majlis Aqiqah sebagai tanda kesyukuran atas kelahirannya. Nak buat kat Pahang atau Taman Melati…? Yea laaa kalau anak lelaki… senang citer… 2 bahagian so, 1 buat kat Pahang dan 1 bahagian lagik buat kat Taman Melati. ADIL…. Tiada pihak yang terasa hati, Tapi…. Humairah ni perempuan, Keputusan di mana untuk dibuat majlis tersebut agak sukar juga dibuat.

Atas sebab-sebab yang reasonable/munasabah, maka mereka buat decision buat majlis nih kat Tmn Melati. So, last weekend Tok Ma dan Tok Ayah Humairah telah datang sendiri jemput aki dan wan di Pahang. Walaubagaimanapun, dukacita dimaklumkan aki dan wan tak dapat datang coz kami tak benarkan abah drive sendiri. Kesihatan abah belum betul-betul pulih. Bimbang ada emergency lak kat tgh jalan nanti. Anak-anak yang lain tak dapat jemput coz full ngan komitment especially terlibat dengan sekolah ganti. Kiter ni lak kebetulan aje dapat menghadirkan diri. Itu pun atas ehsan Syharul (adik kiter). Dia tolong pick-up kiter anak beranak coz my hubby outstation. Hu hu hu.

Untuk itu, on behalf of abah, ma dan family di Pahang, maaf dipinta coz tak dapat hadir bagi memeriahkan lagik majlis Humairah. Juga salam kemaafan kami pohon kerana masa datang ke Pahang dulu, family Nazril terpaksa tunggu ma & abah hampir 4 jam coz mereka ke pasar.

Berbalik citer Majlis Aqiqah… kitorg sampai dah hampir kul 3. Tapi tetamu masih ramai… walaubagaimanapun Humairah baru aje lena dek kepenatan. So, kitorang makan dan berborak-borak dulu. Tak lama komdian... kiter dah geram sangat nak kacau Humairah, masuk umah... terus angkat dia dari buaian.

Ingat dia kepenatan dia akan terus terlena. Tapi idak... dia membuka mata... apa lagik...

cepat-cepat kiter snap gambar. He he he... berkerut-kerut muka anak ibu nih silau dek kena flash camera. Tak lama komdian... Humairah bukak matanya yang besar itu.. mulutnya terkumat kamit berkomunikasi ngan kitorang....


Kalau di perhatikan betoi-betoi gambar nih... Humairah dah pakai rantai laaa... He he he... ingatkan mama dan ayahnya yang bagik... rupa-rupanya nenda sedara yang bagi. Itu laa best yg jadik gegurlz ni kan kan kan????




Ok snap lak gambar Humairah ngan Mama dan ayah Teh.... Ayah dia lak entah ke mana... sibuk melayan tetamu-tetamu yang dah hujung-hujung nih.... Ayah Ngah???? Rugi dia tak de... tak dapat tengok rambut Humairah yang dah bertakik-takik dek sesi potong jambul tadik...
Walaupun undangannya lebih kurang 200-250 org tetamu aje... kemeriahannya kalah majlis kawin. Menu makanannya yang pelbagai dan tema kalernya serba pink.... termasuk ler doorgift yg kami received. Ni sure pilihan mama awak Cik humairah ooiii.... Mama awak tuuu tak de kaler lain... pink.. pink... pink.... Lenser camera kiter lak tak sempat nak merakamkan kemeriahan majlis Humairah nih. Ermm... kalau u ols nak tengok... gi aje kat blog/fb mama dia... tak pun... kalau kiter rajin... kiter akn copy paste kan komdian. he he he... kalau rajin laaa.

As conclusion, Seronok kakak didie dan abang kimie dapat bermain bersama Humairah.... Ibu pun seronok dua ronok... tiga ronok dan berjuta-juta ronok dapat jumpa dengan Si Merah ibu nih... Moga anak ibu nih membesar menjadik anak yang baik serta solehah... amin... Salam peluk cium dari ibu, ayah Ngah... abg kimie dan kakak didie... muahhhhhh!!!!!!

Wednesday, February 17, 2010

Butter Cake

This entry kiter dedicated to Ja... anak k.shima kat nganu. Actually masa kiter balik bercuti Tahun Baru Cina baru2 ni, Ja ada mintak nak belajar buat kek ni. Tapi disebabkan jadual pack... kiter tak sempat laa nak buat sesama kek ni. So i promise nak ajar secara jarak jauh aje using my blog.

Utk pengetahuan u ols gak... this cake nampak simple tapi... value nya cukup tinggi. Ini laaa kek yang arwah mama selalu buat untuk santapan kami sekuarga. Kek ini lah yang mama selalu buat dengan kiter dan cucu-cucunya. Dan ini lah kek yang mama masak bersama-sama Ja.

Untuk mengembalikan nostalgia bersama arwah.... maka kiter muatkan di sini resepi


Butter Cake

Bahan-bahan:

250g butter
3/4 cawan gula dikisar halus
6 biji telur (asingkan telur putih dan kuning telur)
1 camca esen vanila
2 cawan tepung naik sendiri(ayak)
2-3 sudu besar chocolate rice

Cara membuatnya:


1) Putar/pukul butter bersama gula sehingga betul-betul kembang



2) Masukkan kuning telur 1 demi satu dan pukul hingga kembang



3) Tuangkan esen vanila


4) Pukul putih telur dalam bekas yang berasingan sehingga berbuih ringan (make sure mixer yg digunakan betul2 bersih tanpa kesan minyak)


5) Satukan tepung dengan cohocolate rice sebelum dicampur ke dalam adunan tadi


6) Satukan adunan dengan memasukkan putih telur sedikit demi sedikit pukul hingga kembang dan gebu

7) Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan kelajuan mixer yg perlahan (jgn putarkan terlalu lama)


7) lenser loyang dengan marjerin dan sedikit tepung (spt gmbr di atas) dan komdian tuangkan adunan tersebut

8) Masak dalam oven dengan suhu 170c selama 45 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Lepas 50 minit, periksa kek dengan mencucuk lidi sate di tengah2 bahagian kek, jika keluar bersih, kek pun dah masak. Jika belum , sambung membakar hingga kek masak.

To JA!!! Selamat mencuba!!!

Tuesday, February 2, 2010

Lagi stori kimie.

Ketika kiter menulis entry niii... perasaan kiter bercampur baur. Sedih.... geram... bersalah dan macam2 lagik laaaa. Hurmmm.... tak tau nak start stori dari mana.

CAmni laahhh... Yesterday morning I give Hakimie RM50 to pay monthly fee for lunch kat sekolah dia. According to his story yang kami terpaksa bertanya berulang-ulang kali... dia kata at morning session, dia dah serahkan duit tuuu kat one of his teacher. But his teacher said, byr tgh hari nanti.

Masa rehat time... dia x gi beli kat canteen coz makan bekal yg kiter providekan. And he said duit tu ada lagik.

Lunch time dia kata duit tu ada lagik. And then dia simpan purse dia dlm beg kat kelas when he perform solat kat surau. Bila balik... dia nak bayar lunch fee... dia dapati duit RM50 tuuu dah hilang. Tapi duit syiling dan duit RM1 dia still ada.

Apa lagi... dia kena ceramah + marah ngan kiter petang semalam. Terkebil-kebil mata dia menahan sebak. Tapi dia tak nangis depan kiter. NAik jer atas dan masuk bilik dia.... i heard dia tersedu sedan and i fill guilty... Hurrmmm... perasaan kiter dah mula bercampur baur... yea laa RM50 tuuu apa laaa sangat berbanding value of anak yang tuhan anugerahkan untuk kita corakkan keperibadiannya. May be dia yang careless... may be gak duit dia kena curi.... Apa-apa pun... mesti ada hikmah disebaliknya. Tak pe laaa... dah bukan rezeki kami... nak buat camner. Yang kiter marah tuu bukan apa... just nak selitkan sedikit sikap resposibility kimie disamping mintak dia dengar arahan dengan lebih teliti. Tu aje!!!

Kemudian, we call several parents yang sama school ngan kimie. How their kids buat payment? bagi kat cikgu mana? dan bila kena bayar? And the answer is.... parents sendiri gi ofis sekolah and buat payment. Hurmm.... hati ini makin dihimpit bersalah.... bersalah meletakkan tanggungjawab sendiri di bahu anak...

Pas makan, kimie immediately masuk tido... and i call my parents kat Pahang untuk bertanya khabar. They want to speak ngan kimie... So i told that kimie dah tido and cerita the stori yang kimie dah hilangkan duit... kena marah... sampai tertido..

Apa lagi... kiter kena ceramah lerr ngan mak... Mengapa nak marah anak? Why tak marahkan diri sendiri? Kenapa urusan orang tua digalaskan kat bahu anak yang baru nak mengenal erti kehidupan yang sebenar? Anak sekecil itu mana tahu nilai RM... Kalau ke kantin contohnya... Dia tahu bayar dan pergi... tanpa tahu kekadang tu perlu diambil duit baki. Tindakan memarahi kimie bole menyebabkan dia trauma ngan duit... takut untuk membeli kelak. Dia tak bersalah.... dan macam-macam lagi laaa ceramah kiter terima dari my mum... Hurmmm.... sedih lak biler teringat kimie kena dengar ceramah dari kiter tadik.

Kebetulan pula pagi nii kimie tertinggal bekal yang kiter sediakan. Off course dia kena berurusan di kantin sekolah. I hope dia tak trauma bila nak membeli makanan. Hurmmm.... risau lak kiter dibuatnya!

Sampai ofis... i bukak folder kimie's collection... cam sebak lak tgk koleksi pencapaian dia akhir2 ni.. Contohnya:


This is present yang dia dapat at the end orientation week sekolah dia baru2 ni...


hadiah : MURID MITHALI 2010


Dia juga dilantik menjadi ketua kelas 1 Jujur... Means that... dia juga ada ciri-ciri responsibility yang may be kiter tak sedar.


Niii pulak... hadiah pencapaian my kids atau upah bagi mereka coz dapat collect star bagi kuiz-kuiz ilmiah yang kami berikan. Antara soalan yang mereka kena jawab ngan pantas:

-Berikan 10 jenis bunga
-Berikan 10 jenis kenderaan
-Berikan 7 nama-nama malaikat
-Jawab 10 solan math
-Berikan 10 jenis surah
-Berikan 10 jenis anggota badan

dan macam-macam lagi laaa. Dan each question they got 1 star... penalty kalau mereka buat salah/bergaduh... 1 star akan di deduct.




Star terkumpul ikut keadaan. Kekadang just need 10 star utk dapatkan hadiah... kekadang kena kumpul 50 star... kekadang 100 star.


Bila dapat hadiah dari star yang berjaya dikumpul... mereka pasti gembira... Dan kita cukup happy melihat kegumbiraan pada wajah mereka.

Tapi... peristiwa semalam meyebabkan senyuman kimie pada hari ini kurang ceria.... Hurmmm.... akukah yang bersalah?????
Ibu minta maaf sayang.....

Anak buahku....

Actually this picture kiter dah lama capture... masa kitorg adik beradik balik waktu abah msk wad... both of them lahir bulan Dec tahun lepas.... Hurm... tomei jer tgk diorng nih... Geram toiiii....

Yang berbaju putih tuuuu anak along kiter. Namanyer Wardina Hairiya

Yang berbaju biru tuu Nur Humaira.... anak De.

Moga anak-anak ibu nii membesar menjadi anak yang solehah.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails