Wednesday, April 28, 2010

Cerita Umrah part 7

He he he... panjang toii stori kiter psl Trip Umrah kiter nii kan? Sampai episode 7 dah nii. U ols bowing kerrr ngan entry kiter nih....? Hurmm... kiter nak buek camner kan? I nak gak coretkan kat sini. Untuk merakamkan detik metik di sana sementara masih segar berada dalam lipatan memori kiter nih. Al-maklumlah... kiter nii ada symptom short and long term memori lost. So berasbar aje laa... kalau dah tak bole sabar... tak yer ler baca. He he he!

Ok untuk memendekkan masa, pagi 5/4/10... kiter tak ke Masjid untuk berjemaah solat subuh. Mata bengkak woooo. Ngape? Korang baca dulu stori terakhir kat entry lepas! I merajuk ngan my hubby, Puas gak mamat tuu pujuk dan terpinga2 what happen dan apa salahnya. Salah dia kee bukan ke... dia dah mintak maap. Muaaaaa...... sensitip betoii kiter nii kann. Sebab tuu pun nak terasa hati. Heh heh heh.... Sori yer Mr hubby... time-time nii ler merajuk ala2 manja gituh...

Dalm kul 7 pagi lak... kitorg akan meneruskan aktibiti ziarah sekitar Madinah. Puas gak dituamnya mata yg bengkak. Sib baik bengkaknya susut sikit... dan Sib baik gak ada bwk eye shadow... bole lerrr cover mana yg tak surut lagik tuu....

Kali niii kitorang dibawa ke jabal mahnit. Kat sini ada daya tarikan magnet yang luar biasa. Di mana sewaktu bas kami menuruni bukit.... enjin telah dimatikan dan bas ini bergerak sendiri.... kalau meluncur ke depan (turun bukit) biasa laaa tuuu kan .... tapi ia sebaliknya... mengundur ke belakang (mendaki bukit) mengikut daya tarikan magnet.

Ni gambar kawasan sekitarnya. Rakaman bas nii berjln sendiri tidak dirakamkan. Sowiii.... Kawasan ini merupakan kawasan peranginan/ kujungan penduduk Madinah untuk bersantai di hujung minggu. Masa niii kiter dlm bas... kehairannan... camner lerrr dipadang pasir yng kontang niii depa nak bersantai... Tgk tuuu siap ada gelonsor dan buian lagik.

Next.... kitorg betui2 sampai kat kaki Gunung Jabal Mahnit. Turun jerrr bas... hambik kauuu... menggigil kesejukan ler jugak... Sejuk woooo kawasan sini. Cam suhu kat Genting dulu2.

Satu lagi kehebatan Maha Pencipta kiter dapat saksikan disini di mana, pada Jabal niii secara semula jadinya tertullis perkataan ALLAH (dlm tulisan jawi). Cuba korang perhatikan betul2. Cuma huruf 'Alif' berada di sebalik Batu di sana dan 'HA' kat lekukan batu yg tak berapa jelas pada kamera kiter nih... nak gambar lebih jelas kena naik bukit sebelahnya atau ambik pemandangan dari udara... Tak kuasa makcik! Cukup lerrr dari sini aje gambar niii dicapture!



Next... ke mini ladang Unta.

Nampak jer bas kitorg berhenti... Org niii bergegas memerah susu unta laaaa


Kat sini ada sekor unta warna putih. Kami diberitahu yang unta tuu merupakan unta keturunan Rasulullah.

Next... Tn Hj Dhari bagi kiter rasa susu unta... hurmmm wokey laa rasanya... Tapi seteguk cukup laaa....



Tetiba... ayah beli semangkuk nii.... pas tuuu b.ngah lak minum


Diikuti didie


Kimie


My hubby


and Lina


Actuali kiter dah tak mau minum... koz dah minum ngan K. Leha (wife Hj Dahari) tadi. Tapiii my hubby kata no evidence.... so terpaksala i minum lagik...

Hurmmm... kami gi bertujuh kan?? Tapi eviden minum susu unta nii ada 6 jerr... Muahh haaa haaa... ader sorang tak der dlm kamera kiter nihh... so, tak de eviden laaa dia minum susu unta niii kan???? So dia x leh ngaku lerr dah minum kan? kan? kan? Unless dia dapat buktikannya. Muah haaa haaa!!!!!


Next kitorang ke Kilang percetakan Al-Quran terbesar di Dunia.


Kilang itu terletak di atas bukit dkt ngan Istana King Aziz.


Just jemaah lelaki yang dibenarkan masuk kilang. Jemaah pompuan stay kat galery... kata Mutawwif kitorang, sesuai ngan naluri pompuan yg suka membeli belah. dan para Jemaah lelaki komdiannya diberi souvineir senaskah Al-Quran sorang satu termasuk kimie pun dapat. Al-Quran di sini mempunyai kualiti percetakan yang bagus dan harga yang murah berbanding di pasaran. Hanya Al Quran cetakan disini sahaja dibenarkan untuk disedekahkan kat Masjid Nabawi atau Masjidil Haram. Antaran sebabnya adalah Internal Control... Bagi memastikan ketulenan isi kandungan Al-Quran itu sendiri.


Next ke pasar kurma.

namanya pasar kurma... tetapi ia tidak seperti pasar... ia merupakan deretan bazar/kedai yang menjual pelbagai jenis kurma, kekacang dan cokelat. Tak banyak kiter beli disini coz dah banyak beli masa di Bir Usman. Pesanan penaja: Kalau nak membeli kurma/kekacg/cokelat... disinilah tempatnya. Kat Mekah... so far payah nak dapat cam kat sini. Lagi sekali kiter tekankan: BELI Di SINI! Hi hi hi!!!


Aktibiti petang hingga malam... bebas!

So pas Asar... kitorang ambik kesempatan merakamkan gambar kuarga di Masjid Nabawi


My hubby bersama adik adiknya... Ayah... Hurmmm tgh beli kebab dan ice krim!

Petang tuuu laaa kami baru plan nak bershoping benda2 lain. Tapi nak dijadikan cerita.... kimie tetiba diserang penyakit kulit/gatal2nya. Badannya bengkak sini sana.... ubat tak bawak pulak tuu... so, kami batalkan niat bershoping setelah melihat kimie yang makin worst dan tak selesa itu.

06/04/2010
Hari ini merupakan hari terakhir kami di Madinah.... Pas subuh kali ini... kiter nekad nak bawa Lina dan Didie masuk ke Raudah... Jadual masuk Raudah bagi Jemaah wanita kul 7-9pagi. Since tahu turn Jemaah Malaysia lambat... Pas subuh... kami balik dulu ke Hotel... ambil sarapan dan dtg semula kul 8 lebih. Kali ini kiter mintak sebaik shj Lina hampir kat raudah... tak pe! Tinggalkan aje kiter & Didie.. Mintak dia terus ke saff paling depan supaya boleh bersolat tanpa dipijakpijak org kepala kita nii... Kang ada yang terkehel lak nanti. Depa niii besar2 orgnya! Didie laaakkk... cukupler sekadar dia dapat berdoa.

Sebaik sahaja kami berpijak kat karpet hijau... kiter suruh didie berdoa... dia jerit kuat-kuat... alaaa org lain bukannya paham punn...

"Yah Allah... didie nak jadik ank solehah... budah hebat... budak bijak.... cantik... comel.... bla bla blaa...." Aikkk dik? cantik dan comel pun ada dlm skrip kaa? Nak tergelak pun ada!!! He he he!

Tetiba... beberapa langkah diruang hadapan ada ruangan kosong cukup untuk 2 org bersolat kat situ... Heran gak ngape tak der laaa pulak org kat situ. Hurmmm may be rezeki didi bole solat kot.... So, dapatlah kiter & didie bersolat sunat kat situ. Al-hamdulillah... may be rezekimu wahai anak! Allah memberi ruang dan peluang buatmu... Terima kasih koz ibu bole tumpang sekaki. Dan Al-hamdulillah... seluruh jemaah dari kuarga kami dapat menjejakkan kaki kat sini.

Pas ke Raudah... kami ambil kesempatan bershoping ala kadar... kat Madinah nii Jubah-jubahnya cantik2 dan diberitakan fashion terkini berbanding Mekah. Tapi lain2 cenderamata sama jer kat Mekah! Tapi... secara peribadinya, kalau kiter diberikan peluang akan datang... may be lebih selesa membeli belah di Madinah berbanding di Mekah.

Memandangkan kami perlu berkemas untuk bertolak ke Mekah... maka tak banyak pun yang kiter beli di sini... Just jubah untuk kuarga terdekat. Balik bilik pack brg2 dan bersolat Zohor dan seterusnya mengerjakan Ziarah Wida'... Hurmmm Hati ini selebungi kesedihan yang amat. Dalam hati inii nekad... jika ada keizinan dari-Nya kiter akan menjejakkan lagi kaki kiter disini.... Selamat tinggal Madinah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails