Thursday, May 27, 2010

Robin Hood



Lama entry yang berkisarkan movie tidak kiter coretkan di sini kan? Hurmmm banyak gak movie2 yg dah ditonton lately tapi tak dishare ngan kalian. Tapi kalian peduli apa kan??? Berkemungkinan besar korang sendiri dah saksikan filem2 tersebut kan kan kan????

Alaa… bukan ape kiter nak menyelit/mengomen psl movie2 tuuu. Saja jer untuk kepuasan peribadi. Lagi pun I nak ler war-warkan pandangan I tentang movie tersebut menerusi I punya perspektip… itu pun salah ker? Pendapat u all lain… I punya pendapat lak may be lain… lain orang lain caranya. Itu laaa dinamakan manusia kan!!!!

Apa kiter merepek niii daaaa…. Berbalik pada benda yg I nak stori kali niii… Movie niii I tonton bersama My Asben pada jam 12.30 tgh kat Cheras Selatan pada ulang tahun perkahwinan kitorang yg ke-8 (19/05/2010) dgn citernya…. Robin Hood. Sewaktu kiter melangkah masuk dalam pawagam… kiter dah agak… citer niii berkisarkan seorang perompak yang merompak bagi tujuan amal… seiring ngan slogan “matlamat menghalalkan cara”. So pasti ceritanya berkisarkan itu kan.

TApi tekaan kiter itu meleset. Cerita ini mengupas stori bagaimana Robin Longstride menjadi Robin Hood yang kita kenali kini. Samada cerita ini selari atau tidak de ngan mitos/lagenda Robin Hood yang sebenar, itu kiter tak pasti. Dlm movie ini mengisahkahkan dia yang berasal dari anak tukang batu dan watak Robin Hood bermula dari perjalanan balik beliau setelah berkhidmat dengan tentera Richard The Lionheart di Perang SAlib ke-3.

Errmm… ramai gak yang bagi komen bahawa watak Robin Hood yang dilakonkan oleh Russell Crawe nih kelihatan hampir sama dalam lakonannya dalam filem Gladiator (Maximus). Tapi… itu tak menjadik hal lerr pada kiter. Pada pandangan peribadi kiter, movie ini menarik sekali jalan ceritanya hingga 3 jam berlalu… langsung tidak kiter sedari.

Kesimpulannya, dari 5 popcorn…. Kiter bagi 4.7 popcorn untuk filem ini… Beshhh dan terhibur yang amat. Dahhhh!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails