Friday, July 2, 2010

The Thosand Nights and One Night

Sori coz seminggu gak tak mencoretkan something. Actually memang ada stori nak share ngan kalian (dedicated pd sape2 yg sudi nak baca laaa!), tapi ada beberapa kekangan yang membataskannya. Lagi pun... malam-malam i dah fully book oleh The Thosand Nights and One Night. So, terlimit laa sudah masa i untuk menulis blog nih!

Ermm... sebut aje The Thosand Nights and One Night... sure ada yg tertanya-tanya... apakah itu kan? So, yg blm dpt hint... kowang baca laaa entry kiter yg lepas2... scroll down aje! Pas dah tau menda apa tuh.... haaa bole laaa kontinue baca this entry!

Why this entry muncul.... al-kisahnya bermula bila I dpt feedback dari angin sepoi sepoi bahasa dan feedback dari pembaca tegar blog ini (saper lagikkk... my asben laaaa!!! kan kanda kan?). Depa nak tau haper ke benda yang best sangat ngan stori tuh???? Tebal bebonar lak tuuu dan dicetak dlm 4 siri buku setebal 800 muka surat setiap satu buku... so total of pages lebih kurang 3200 pages!

Hurmm... baiklah, kiter ulas ler sikit yea! Dalam bahasa melayunya... tajuknya ialah Hikayat Seribu Satu Malam. Ia merupakan sebuah karya kesusasteraan Timur Tengah Zaman Pertengahan.

Hikayat-hikayat itu berlaku bermula dengan Shahryar, seorang maharaja Parsi. yang terperanjat dengan kecurangan isterinya, lalu Shahryar membunuhnya dan menganggap bahawa semua wanita juga curang, baginda memerintahkan wazirnya untuk mendapatkan isteri yang baru setiap malam .

Selepas menghabiskan satu malam dengan isterinya, baginda akan menjalankan hukuman mati ke atasnya pada waktu subuh. Amalan ini berterusan agak lama, sehingga Sheherazad, seorang anak perempuan wazir yang bijak, membentuk rancangan dan secara sukarela menjadi isteri Shahrayar.

Dengan bantuan adik perempuannya (Doniazade), Sheherazad menghabiskan berjam-jam setiap malam selepas perkahwinannya dengan maharaja itu, untuk menceritakan hikayat-hikayat kepada baginda.

So yang tebal-tebal buku tuuu ialah cerita-cerita dan hikayat-hikayat yang diceritakan oleh Sheherazad. Dalam cerita ada cerita... dan setiap kali sewaktu subuh, Sheherazad akan berhenti pada bahagian suspen supaya baginda akan menangguhkan hukuman mati ke atasnya kerana ingin mengetahui kesudahan cerita.

Akhirnya, Sheherazad mengurniakan baginda dengan tiga anak lelaki. Oleh sebab baginda telah diyakinkan olehnya akan kesetiaan seorang isteri, maka dekri/peraturan baru itu dimansuhkan.

So far, pada kiter buku nii ok laaa.... Tapi... buku ni bercitarasa purba laa... Tak sesuai bagi mereka yang berjiwa lasak dan futuristik! Tapi ia penuh dengan kata-kata pujangga dan pengajaran disebalik setiap cerita yang perlu difikirkan sendiri oleh pembaca! Banyak hikayatnya menggambarkan jin, ahli sihir, dan tempat-tempat lagenda, yang sering dicampurkan dengan masyarakat dan geografi yang sebenar;

Kadang-kala, satu watak dalam hikayat Scheherazad akan bermula dengan menceritakan kepada watak-watak yang lain tentang sesuatu kisah, dan kisah itu mungkin mengandungi lagi satu kisah di dalamnya yang diceritakan. Teknik ini menghasilkan jalinan karangan yang kaya dengan berbilang lapisan atau dikenali sebagai 'cerita berbingkai' (cerita dalam cerita).

Kesan dari Hikayat 1001 malam ini, banyak hikayatnya kini diterjemahkan dalam banyak bahasa Barat, termasuknya:

  • Lampu Aladin
  • Sinbad si kelasi
  • Ali baba dan 40 penyamun dll
So, demikian lerr dulu entry kiter kali niii...Ha haa haaa.... selalunyer entry kiter ringan ajer storinyer kan? Kali niii agak berat sikit??? Apa salahnya! So... with that, i end my stori untuk kali nih!

T.A.M.A.T

3 comments:

nashora said...

bagaimana pulok ngan citer Sang Kancil ngan Buaya....n Sang Kerbau, Sang Buaya dan Sang Kancil...citer la...hehehe.....

kisahwanida said...

memang gigih lah awak salmi baca buku tu..... respect ai kat u

Sari said...

meamng rajin baca buku..n tengkiu sbb tulun translate kan..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails