Monday, August 30, 2010

Merdeka! Merdeka! MERDEKA...............

Kimie: Ibu.... merdeka tu apa?

Ibu: Merdeka tuuuu bebas... negara kita nak sambut ulangtahun merdeka tak lama lagik kan! Maknanya nak sambut ulang tahun negara kita yg telah bebas dari penjajah.

Kimie: Penjajah tu apa?

Ibu: Orang jahat (senang tak jawapan yang kiter beri! Padahal... Maksud Penjajah itu begitu meluas & global kan.... )

Kimie: Penjahat tuu buat apa?

Ibu: Orang jahat.... diorang nak Perang ngan kita

Kimie: Perang tuu apa?

Ibu: Alaa.... tembak-tembak macam dalam cerita yg along tengok... (jawab kiter yang semakin fening ngan pertanyaan dia! )... Masa perang... kita hidup dalam ketakutan dan kesusahan....

Kimie: susah macam mana?

Banyak tanya toiii budak nii... ada sesaper tak yg ngajor sejarah tuk bebudak darjah 1???? Bole tolong explain tak???? I nii susah terjemahkan erti kemerdekaan untuk mudah difahami oleh budak-budak. Untuk menutup mulut dia... ni jawapan dari kiter.....

"Haaa... lain kali ko tgk lerr CERIA awak tuuhh... bukak citer kartun... tu yang tak tahu merdeka tuu haper!" terdiam kimie dengar jawapan poyo ibunya.

" Ermm... kat TV sekarang niii banyak citer tentang merdeka... Tgk citer Leftenan Adnan kerr... yang paling menyayat hati... citer bukit Kepung... tapi... ibu x pasti bila tayangannya untuk tahun niii" jawab kiter lagik............

Maka... semalam, kimie excited tunggu jam 3 petang kat TV3. Nak tgk Leftenan Adnan.... akhirnya... Leftenan Adnan yang tengok dia.... cian gak dia....

Hari niii kiter bagi kuiz kat dia... soalannya:
1) Berapakan bucu bintang pada bendera kita?
2) Berapa dan apakah warna bendera kita?
3) Berapakah jalur pada bendera kita?

Soalan tuu idak lerr tentang kemerdekaan... Tapi at least membantu dia mengenal identiti negaranya. Nak tahu dia jawab apa??? TAK TAHU... Isy! Isy! Isy.... geram ibu dibuatnya....

"JANGAN KATA TAK TAU... GI TANYA TEACHER AWAK... BALIK NIII IBU NAK TAHU JAWAPANNYA! TAK DAPAT.... SIAPPPPPPP!" Warning kiter sebelum dia turun dari kereta masa depan sekolah pagi tadik. Errrrmmm... dapatkah dia mencari jawapannya???? Hik hik hikkkk

Ok.... kita tinggalkan kimie ngan homeworknyer.... ok laaa kengkawan... sok negara kita nak sambut Merdeka yang ker 53 kan.... Mari laaa kita sama-sama mendoakan agar negara kita kekal merdeka dan rakyatnya hidup aman... damai.... dan diberkati-Nya....

MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!! MERDEKA!!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails