Sunday, December 19, 2010

Kimie & Exam

Gigih meng"unfreez" stori lama yang dah basi niii, sebab......

sebab...

Sebabnya.... saja jerrrr..... Blog gue.... terpulang pada gue lerrrr nak muatkan stori apa kan? kan? kan? Hihihiii... jgn mara haaaaa....

Al-kisah bermula masa kimie dok gigih menduduki peperiksaan akhir tahun 1. A week before exam... kiter minitipkan kata-kata semangat buatnya. Mintak dia tingkatkan prestasi or at least kekal perform cam mid-term. Sebagai ganjarannya... dia kan dapat naik stage ambik hadiah... Jawapan balas darinya amat membuatkan kiter terkedu dan agak panas telinga...

" Tak dapat hadiah pun tak pe... cukuplah dapat hadiah dari Allah kat akhirat nanti..." perghhhh..... ini bikin ibu stress...

Kiter juga dapat pandangan dari keluarga dan rakan taulan " Alaaa.... budak tuu baru jer darjah 1, jgn stresskan budak tuu... masih kecik lagiii... jangan dipaksa... bla... bla... bla...."

Ermmm.... terima kasih yang memberi pandangan.... kiter bukannya apa.... my prinsip is melentur buluh biar dari rebungnya... Kalau masa rebung kiter biarkan aje... payah laaaaa.... May be, itulah salah satu punca layunya bangsa kita... I bukannya nak dia preassure dia untuk menggenggam tittle  de 1st....juara... johan... semata-mata...  Kiter  nak dia membesar dengan jayanya di dunia dan akhirat.... sarat dengan ilmu di dada... berakhlak mulia dan seangkatan dengannya. Itu impian kiter dan I'm sure all of u mempunyai impian yang sama kan kan kan?

Berbalik ngan stori kimie.... hari pertama dia balik exam... katanya... " Alaaa... senang aje soalannya"... kiter diamkan aje...

Masuk hari ke-2, dia bawak balik kertas jawapan hari pertama... BM.... hangin kiter biler tgk dia salah bagi soalan yang mudah... Cth: Diberi gambar lelaki kurus... soalannya "Apakah kata lawan bagi gambar tersebut?".... kerana cuai dan x baca soalan... dia jawab kurus.... lalu... kecuaiannya telah mendatangkan MARAH.... apa lagik... kena sound ler ngan ibunya yang garang itu...

Pedas ngan kata-kata ibunya (memang tak patut pun kiter marah dia begitu ruper... kihkihkihhh) dia study science ngan deraian air mata... tersedu sedan dia study... alahaaaiiiii.... bersalah pulak kiter.... Melihat kimie yang tgh preassure... Terbit rasa bersalah dan X mo lagik pressure dia sampai nangis2. Biler diingat balik... rasanya kejam sungguh kiter nih huhuhu... 

Ermmm tukar method, "U get no 1,2 or 3 kiter gi bercuti kat Gambang waterpark! If not... Sorry!" That's all i ended that case. ok laaa... tak nampak kejam sangat kan? Reward system kuikuikuiiii.... Akhirnya 2 minggu kimie menghabiskan examnya dengan presure yang minima.

Dan satu persatu result dia bawa pulang.... so far, just science dia dapat full mark... yang lain mesti ada salah sekurang-kurangnya 1... Majoriti mistakes yang dia buat berpunca dari cuai/careless... Akhirnya kiter buat kesimpulan bahawa... no 1... 2....3... takkan berada dalam genggaman kimie. Berputus asa dengan keputusannya menyebabkan kiter mengadu pada my mom... As usual... kata-kata perangsang dan semangat dari dari my mom dapat menyejukkan hati seorang ibu mcm kiter. TQ mum... that's why I luv u so much... muahhhhh......

Suatu hari kimie pulang ke rumah dengan air muka yang tawar..... "Ibu, hari nii dapat keputusan" kata kimie hambar....

"So?" Tanya kiter ringkas......

"Yessssss.... kita gi Gambang Waterpark!!!!! Along dapat no2... yezzzzzzzz" jerit kimie kegembiraan...

"Wokeh... tahniah sayang!!!" Jawab kiter ringkas tapi cukup gembira... Dalam hati " pandai ko berlakon sedih yea!!!!" Apa-apa pun... syukur.....

On November 2010, kami mendapat inivitation ke Majlis Khatam Al-Quran dan Penyampaian Sekolah SRAI 2010.



Niii kitorang tunggu majlis bermula. Sephia yang demam berkeras nak ikut.. nak tengok along naik stage..




Belum pun sempai acara bermula... dia dah tahan sangat... akhirnya tertido...



Acara dimulai dengan majlis khatam Al-Quran



Tahniah....




Tempat pertama, kedua dan ketiga bagi kelas 1 Jujur 2010





Bersama ibu






Bangga dia....







Zoom in


Tahniah sayang.... moga dapat tingkatkan prestasi dari masa ke semasa.... Next year susunan kelas dah berubah...Based on performance keseluruhan kelas performace dia kurang baik . Untuk mendapat tempat seperti sekarang... dia kena berusaha dengan lebih gigih... Adakah tahun depan dan tahun mendatang ibu dan ayah masih berpeluang mendapat Invitation ke Majlis seperti ini???? Entah ler...

Tapi... ingat lah wahai anak... Nothing Venture Nothing Gain... oleh itu berusahalah dan bertawakallah... Insya-Allah... Kejayaan pasti milikmu....

Wednesday, December 15, 2010

NATRAH 'Cinta-Rusuhan-Air Mata'

Kalau tgk kat my side bar.... entry yang berkaitan ngan buku baru 1 post kan! Hik hik hik... itu bermakna x banyak buku-buku yang dibaca. Perghhh... malas betoi kiter nihhh nak membaca kan? Sori haaaaa.... Actuali... kiter idok ler semalas itu... banyak doh buku yg dah dikhatam... tu lom masuk buku masak, buku bank, buku lima.... bla bla bla... kira banyak ler tuh!!!

Haaa... bagi menambahkan koleksi stori bagi kategori BUKU... kali niii kiter nak muatkan  kisah NATRAH tulisan Fatini Yaacob terbitan Universiti Teknologi MAlaysia. Buku niii kiter pinjam dari Perpustakaan UPM pada Dec yang lalu... iaitu setelah menonton pementasan Teater Natrah.

Banyak perkara yang dititipkan dalam buku ini tidak diceritakan sewaktu pementasan yang lalu... may be disebabkan masa pementasan yang limited... atau pementasan itu dibuat mengikut persepektif lain... Maka, menerusi buku ini, dapat ler kiter mendalami sedikit sebanyak kisah Natrah dari perspektif Natrah itu sendiri,  perjalanan rusuhan kesannya kepada politik negara dan beberapa aspek yang lain.

 Buku setebal 474 muka surat ini sarat menceritakan perjalanan hidup seorang gadis, wanita, ibu dan nenek yang bernama Natrah@Nadra@Huberdina Maria Hertogh@Berta.... yang mengalami fasa kehidupan yang sarat dengan air mata.

Hanya fasa kanak-kanak dengan Che Aminah yang amat dikenangnya kerna saat itulah yang paling gembira dalam hidupnya. Fasa ini banyak dihuraikan dalam pementasan teater baru-baru ini.

Fasa kedua dalam kehidupannya sudah tentulah fasa yang paling membahagiakannya iatitu apabila bertemu dengan Mansor Adabi. Apabila Natrah (di usia tua) berada dalam sesi wawancara... dengan mudah beliau bercerita tentangnya disulami dengan raut wajah yang ceria dan bibirnya menguntum senyuman yang manis.

Bila ditanya fasa ke tiga kehidupannya, iaitu kehidupannya di gereja Singapura (sewaktu beliau ditempatkan sementara menanti kes perbicaraannya selesai), Natrah terus black out... tidak mahu menjawab. Dan semasa Natrah menghadiri rakaman dokumentasi terakhirnya di sini...beliau menangis... kerna itulah tempat pemutus kasihnya dari orang-orang yang disayanginya. Dan di sini lah fasa kekeliruan Natrah bermula!

Natrah diterbangkan ke Belanda pada fasa ke empat kehidupannya. Episod kejam ini terpahat begitu mendalam pada hati dan jiwanya. Jenayah jiwa yang dilakukan oleh ibu bapa kandungnya yang bersekongkol dengan Kerajaan Belanda & Inggeris begitu menghancurkan jiwanya. Natrah menerima layanan yang buruk dari keluarga kandungnya. Persekitaran Melayu kepada Belanda, Bahasa Melayu kepada Belanda, Islam kepada Kristian, kurung/kebaya kepada skirt/gown, nasi & sambal belacan kepada keju & butter, puteri kepada kuli, mewah kepada miskin, dilayani kepada melayani, bebas kepada diawasi dan macam2 lagik.. Pendek kata batinnya cukup terseksa...

MAsa terus berlalu biarpun Natrah mengalami kehidupan yang sukar di bumi nan asing... dia begitu terkilan dengan Mansor Adabi yang dianggapnya telah melupakan dirinya dan tidak membantu dia keluar dari kemelut yang menyiksa jiwanya. Dia tidak tahu langsung yang MAnsor Adabi telah cuba berutus surat melalui Vermaulen (Warga Belanda yang perihatin), tetapi telah dimanipulasi oleh keluarganya & Kerajaan Belanda sehingga Mansor begitu kecewa dan akhirnya 4 tahun kemudian mengambil keputusan berkahwin lagi. Vermaulen yang juga kecewa dengan Natrah sengaja mengwar-warkan berita perkahwinan Mansor di dada akhbar sebagai sindiran kepada Natrah. Natrah yang terbaca akhbar tersebut begitu kecewa, hancur berderai seluruh harapannya. Terlalu menyesal kerna terlalu berharap. Menyesal kerna terlalu setia. Setia pada Sang arjuna yang bernama  Mansor Adabi. Fasa kehidupan Natrah kini kosong... hanya sekadar boneka hidup yang menjadi pak turut kepada keluarganya.

Satu-satunya cara untuk lari dari ibu bapanya ialah dengan berkahwin dengan Wolkenfelt dalam fasa ke lima kehidupannya. Sewaktu beranak 3, Natrah kelihatan tenteram & bahagia bersama suami & anaknya... tetapi tidak dengan ibunya. Pantang terserempak, pasti mereka bertengkar. Natrah mengungkit pelbagi perkara manakala ibunya tidak pernah mengalah.

Natrah ingin memberitahu dunia tentang derita yang ditanggungnya.Tentang kekejaman jenayah jiwa yang dilakukan oleh ibunya dan rakyat Belanda!!! Tanpa pengetathuan suaminya, Natrah berjaya menghubungi Vermaulen. Dengan terbitnya rencana tentang dirinya, dia merasa puas kerna dapat mengela nafas lega walaupun tidak dapat merubah takdir yang menimpa dirinya.



Setelah menamatkan pembacaan 474 muka surat, kiter ingin membuat rumusan peribadi:

Memang benar, Natrah mengalami tekanan perasaan ekoran dari peristiwa yang menimpanya. Dia terlalu menyalahkan ibu bapanya atas apa yang berlaku ke atas dirinya. Walaubagaimanapun, Natrah sepatutnya tidak perlu terlalu menoleh ke belakang. Usah terlalu menyalahkan keadaan  masa lampau. Kalau Malaya yang amat dirinduinya... dia sepatutnya mengambil kesempatan atas tawaran-tawaran yang diterima olehnya dari pelbagai pihak setelah pendedahan sebenar dibuat olehnya. Tetapi dia enggan kembali ke Singapura & Malaysia atas alasan beliau masih trauma dengan tragedi rusuhan yang berlaku di depan matanya... berlaku kerna dirinya...


Penulis buku ini (Fatini) ada meluahkan kekecewaanya apabila kepulangan Natrah ke MAlaysia -1998 telah disembunyikan dari pengetahuannya. Pada pandangan kiter, Fatini kena memahimi hati dan perasaan si Natrah. Natrah  beranggapan wartawan hanya ingin membuat liputan tetang perjalanan hidupnya untuk sekadar tatapan umum manakala Stesyen TV, penerbit, penulis.... semunya boleh membuat duit dengan menjual kisah tentang dirinya.... Sedangkan kehidupannya masih sama... dihimpit dengan kemiskinan dengan jiwa yang tertekan. Maka , tidak mustahil Natrah menganggap penulis sama seperti wartawan-wartawan lain.

Banyak lagi pandangan peribadi kiter yang nak kiter sharekan di sini... TApi... biar ler dulu...

Saturday, December 11, 2010

Natrah

Based on title, sure u ols bole teka apa intipati entry kiter kali ini kan kan kan???? Off course ada kaitan ngan Teater Natrah 2 yang berlangsung baru-baru ini kan?

B 4 kiter proceed ngan Stori Natrah itu sendiri, kiter nak share sikit pengalam kiter mengenai teater ini.

Actually, sejak dari kecil kiter teringin sesangat nak tengok pementasan teater yang diwar-warkan penuh dengan kehalusan seni dan bakat ini. Tapi... keadaan kiter tika itu langsung tidak mengizinkan untuk kiter menunaikan impian tersebut. Impian itu hanyalah sekadar impian.

Keterujaan untuk menonton pementasan teater semakin memuncak sewaktu pementasan Siti Zubaidah (kalau tak silap dalam tahun 2000). Masa tuu kiter baru jer menamatkan pengajian dan berada di kampung halaman. Kepingin bangatttt mau nontonnya... tapi my mum x izinkan kiter ke KL. Tika itu mau ajer menjerit kehampaan... tapi x dapat jerit... nangis ajo loooo!!!!

Bila keadaan dah menizinkan... tak terlintas pulak kiter nak gi tengok teater meter nihh....

Tup-tup... on 2nd Dec baru-baru niii, geng layanzz kiter ajak tengor Natrah... Hurmmmm.... Idea yang cukup best.... tapi cam tak sampai hati lak tinggalkan En Asben coz pernah masa bercinta cintan dulu kami berjanji nak tgk teater bersama-sama. Kalau kiter gi dulu.... mana janji-janji yang dipahat suatu ketika dulu... tapi best gak dapat tgk ngan gengz layan yang sporting morting tuh.... alahaaaiiiiii serba salah dibuatnya.

Bila kiter suarakan tentang Natrah dengan geng layanzzz.... En Asben mulanya mendiamkan diri... Malam tuh baru beri keizinan pd kiter untuk gi ngan kwn2. Tapi.... Kiter tau kalau kiter gi dulu... mesti En Asben sedikit keciwa. Akhirnya, kiter mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat. Melihat kiter yang serba salah... En asben bertalu-talu menyuarakan keizinannya. TQ kerana memahami... Tapi, tak pe laaa... Kiter masih berpegang pada janji yang kita patri 10 tahun lepas.

Akhirnya,

Dalam diam.... En Asben book tiket untuk kami menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Istana Budaya.....

Waaahhhhhh..... tercapai gak niat kiter nak menonton di pentas bertaraf dunia iniii... hikhikhikkkk

Kami memilih pementasan pada Ahad 5th Dec jam 3.00pm.... Bertolak dari Bangi selepas zohor... jalan jammed teruk... bimbang sesanggattt tak dapat sampai tepat pada waktunya... Ngam-ngan kul 3.00 kami sampai... Sib baikkkk....


Masuk ajer pergghhh..... terasa syiookkkk sesangatttt....



Maybe sebab masih ramai penonton yang lum tiba dek tersekat dalam kesesakan lalu lintas... pementasan ini dilewatkan 1/2 jam.... so, dapatlah kami menarik nafas dan memasang mood... Bila melihat pentas niii... terdetik lak dalam pikiran... Elehhhh ingatkan sebesau mana laaa pentasnya... besar lagi pentas kat UPM... hihihikkk... Sekali bila mula jer pementasan... hambik kauuuu... terpukau kiter ngan prop2 disebalik tadbir nihhh.... Itu laaa kan ker orang dah pesan... don't judge de book by it's cover.... huhuhuuuuu....


Khusuk nonton ler tuh kununnya... hikhikhikkk ini lum mula lagi laaa... masa tayangan mana buleh ambik gambar!


Niii barisan pelakon yang menjayakan pementasan kali niii.... Ermmm... babak yang paling besttt bila menonton aksi Abg Remy (mansor adabi) menari ala2 hindustan gituu.... so sweettttttt...... (my eyes is blink... blink..... hihihihiii)

Niii sebaik sahaja kuar panggung..... nak bergambar ngan para pelakon x dapat.... kat sini aja loooo

Kesimpulan dari persepsi kiter... hurmmm.... Since this is my 1st experience.... tak bole nak komen atau buat komparison. So far... it's quite heavy 2 me nak memahami teater ini... So far ok laaa.... heppi and puas hati. Since Natrah adalah sebuah kisah benar.... banyak sumber yang boleh dirujuk bagi membantu kiter untuk memahami jalan cerita NAtrah ini......


24 Mac 1937: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh (kerana telah ditawan tentera Jepun), Maria Huberdina Hertogh ketika berusia 5 tahun, diserahkan oleh ibunya Adeline untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad .

Che Aminah adalah seorang peniaga kain yang berasal dari Kemaman Terengganu telah memberi nama Natrah & mendidiknya dalam Kemelayuan serta Keislaman. 3 tahun kemudian, melalui Singapura, NAtrah dibawa pulang ke Kemaman kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang putih yang dianggap bangsa penjajah.

Bapa Natrah yang bebas dari tahanan Jepun sewaktu NAgasaki & Hiroshima di bom telah pulang ke JAwa untuk mencari Natrah tetapi gagal lalu pulang ke Belanda. Namun usaha mencari terus dijalankan melalui rakan/pegawai Inggeris dan Belanda.

Akhirnya Natrah ditemui oleh Penasihat British di Terengganu sewaktu acara sukan Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah akhirnya terpedaya dengan tipu helah mereka lalu membawa NAtrah ke Singapura hingga Natrah ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura seterusnya ke Girl Homecarft Centre York Hill, Singapura.

Che Aminah tidak berputus asa untuk mendapatkan hak jagaan lalu berurusan dengan peguam dan berjaya mengeluarkan NAtrah dari York hill setelah menang dalam rayuannya.

Untuk mengelakkan peristiwa berulang, Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.


Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.


Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura. Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Natrah dibawa oleh ibunya ke Belanda. Setibanya dia di Belanda, dia telah disambut oleh 4000 orang kristian dan dikawal ketat oleh polis Belanda. Jasadnya di Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, terutama pada Mansor Adabi... suaminya.

Surat pertama yang diutus Natrah kepada MAnsur Adabi menyatakan bahawa dia telah menjadi Kristian Katholik dan meminta Mansor tidak lagi mengutusinya. Ini menyebabkan Mansur Adabi berpatah arang lalu bertindak mengahwini orang lain. Namun berita perkahwinan MAnsur amat mengecewakan Natrah dan ingin kembali kepada MAnsur.

Namun, takdir tidak menyebelahi NAtrah, dia seterusnya berkahwin. Namun kebahagiaan tidak menyebelahinya dan pernah didakwa atas cubaan membunuh suaminya. Beliau dilaporkan sakit jiwa tetapi dinafikan oleh anak-anaknya.


Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada usia 72 tahun.

Ermmm... begitulah lebih kurang kisah Natrah ni...

Tujuan entry ini ditulis... bukan untuk mencetus sentimen perkauman atau keagamaan tetapi sekadar berkongsi satu kisah benar dari perspektif insan yang tertekan dengan sentimen yang diwujudkan oleh persekitaran.

Wednesday, December 8, 2010

Hepi Birthday to MBH



Hihihi.... wanna wish to MBH/En Nazrul Hisyam... Heppi Birthday 2 u.....? Amacam? Ada heppi tak itu hari?

A week ago...
Hari silih berganti.... 8 dec hampir menjelma... tugas di opis x surut-surut. Maka x der masa untuk kiter mencuri masa tuk kuar survey hadiah tuk mamat tadik tuuu.... Camner lerr I nak buat surprise nihh... gi keje gi ngan dia... lunch... lunch ngan dia... balik keje... balik ngan dia.... kat umah off course stay ngan dia... al-maklum ler... dia nii memang payah nak berenggang ngan bini dia... sayang bini ler katakannnn.... hikhikhikkkk....

Akhirnya... kiter terpaksa mendapatkan pertolongan dan talian hayat dari Jamal.... Saper tuh???? Hihihi.... niii diaaa.............



Atas kepakaran yang dia miliki.... dia lerr yang mencari hadiah tersebut dengan mengikut spec yang kiter bg tau.... proses mencari jatuh pada 07 Dec 2010. Pada tarikh tersebut... kiter kuar lerr dating berdua-duaan... Kunun-kununnya as an advance celebration memandangkan kiter x boleh chottiii.

Dating kat mana???? Alaaaa kat Alamanda aje... tgk En Harry. Tgh dok tgk.... tetiba jamal call coz dia nak confirmkan barang tersebut sebelum kasi angkat. Sila SMS yea En Jamal... Kiter berbalas SMS sambil tutup screen phone... alasannya x mo ganggu org lain yg tgh syiookkk menonton. Bila MBH tanya saper? Perghhh.... mau terkantoi nih!!!!

"Alaaa... kawan opis je! Urusan rasmi!" hihihi.... Ok x jawapan tuh? Memang betoi maaa.... dia kawan opis.... urusan tu pun urusan rasmi buat U MBH ... huhihiiii... ala biasa laaa kan! Ayat x habis punya.... Haaa... setelah barang tersebut sudah dibeli.... Mr Jamal simpan dulu itu barang.... Camner nak serahkan pada MBH... tungguuuu.....

Balik dari Alamanda....... bersengkang ler mata I nak tunggu detik 12 malam... Ingat nak lerr jadik org pertama wish pada detik 12 malam 8 Dec....

Menjelang 11.30, .... En Asben dah lalok sakan. Mana tak nyer dah telan ubat batuk... selsema dll... Bila tiba detik tersebut.... I wish ler jugak... mamat lalok tuuu entah dengar entah tidak huhuhuuuu.....

Pagi 8 Dec.....

Bangun, bekpas dan gi kelija seperti biasa.... nothing special pun buat MBH.... Kepala otak kiter lak ligat berpusing.... camner nak bawak balik umah barang tuh???? Ermmmm mulanya mintak pertolongan my sis in-law & my father in law.... Tetiba hampir jam 11am sekali black-out laaa....

Since opis gelap gulita dan nak bernafas pun payah... me & my staff ambik kesempatan balik umah and set-up that surprise... dan berjaya kembali ke opis ngam-ngam bekalan letrik baru ada dan x terkantoi ngan MBH untuk kuar lunch nanti.

Ingat lunch... nak gi lerr makan yang special sikit dari biasa... not so special... janji special sikit dari biasa. Oleh kerana terleka ngan dokumen atas meja... kiter baru terperasan jam dah menunjukkan kul 1.15... Alamak.... plan sudah tukar laaa... Tgh hari itu kami lunch biasa-biasa aje.

Air muka En asben dah nampak cam kelat sikit... Cian pun ada, tapi I kena berlakon kejam sikit... buat derkkk jerrr.

Petang tuh opis kitorang blak-out lagik... MBH decide nak kuar sorang-sorang ke Alamanda... uikkssss ni boleh mendatangkan BAHAYA... mana tau tetiba dia tukar plan nak balik umah... ermmm... mau rusak ana pu nya progarrraaaammm...

So I say "NO"... since black out... opis gelap gulita... kitorang decide cari kek.... Mulanya En Asben tak mo... "Alaaaa... dah tua... buat apa kek-kek nih" Hihihi... itu nada merajuk tuuu... "Kek nii bukan tuk U, tuk anak2. Merekakan excited coz today is your birthday... bla... bla... bla..." Akhirnya berjaya beli kek...

6.00pm

Hujan turun bole tahan gak lebatnya... masa pick-up our kids... siap pesan ngan anak2... masuk kete... tulis senyap-senyap besday card buatan sendiri niii:



Card tu, not so special... tapi dlm card tuuu ada CD nyanyian besday from kimie & Sephia buat ayahnya...

kad diberi depan pintu rumah.




Masuk aje rumah... kitorang mintak besday boi pasang CD tuu kat sini... (kiter mintak kimie guidekan ayah dia menuju ke side table yang kitorang dah set-up tgh hari tadi) bila melihat birthday present ayah diaaaa kimie yang over excited... si besday boi... tersengeh sengahhh...


hihihi.... suka x?

nii apa yg sempat kitorang tulis kat screen (TQVM to Intan Sara & Fina yg bantu kiter set-up semua nii)


Next..... acara potong kek

sweet 36 mr Nazrul




Moga berbahagia selaluuu... ammminnn





Ayah (my FIL) pun dijemput sekali momotong kek ini coz besdaynya baru jer lepas... 2 Dec tempohari






yummyyyyy... suapan dari isteri kepada suami tersayang...



Suapan dari cucu kepada atuk tersayang

Ermmm... Before I end my stori kali nii... wanna wish... hepi besday to My Beloved Husband... moga panjang umur... dimurahkan rezeki... serta kehidupanmu diuliti kebahagiaan yang berpanjangan di bbawah rahmat-Nya... muuuaaahhhhhhhhhhhhh

Juga diucapkan jutaan terima kasih pada semua yang menjayakan kezzuutaaannn buat MBH.. TQ so muchhh...


Saturday, December 4, 2010

Harry oh Harry....

Elloooo guyzzz.... setelah agak lama asam garam kehidupanku kekurangan asam dan garamnya… kini…. I’m backkkkk….

Awat lama tak up-date stori??? Agak-agak ada x kowang tanya soalan tuh? Tak der? Kih kih kih….. dah agakkkk…. Opsss…. Tapi yang pasti memang ada yang tanya… Saper? Hahahaaaa…. I ler… hikhikhikk… tu namanya syiookkkk sendiri!!!!

Sorri guyz… lately kiter memang betoi-betoi sibuk… stress… x cukup rehat… bla.. bla…bla… entahler… I yang tak pandai manage kelija ker… atau kelija tu x pandai manage diri sendiri… penyudahnya… memang sibuk… bz and STRESS… Stress punya pasal… 2 kali urat tengkuk I cramp… hinggakan toleh kiri kanan atas bawah punya laaa sakittt…

Stori yang terpekik terlolong mintak dipublishkan kat sini que nyer dah panjang… dan hampir nak basi… Penyudahnya… Kiter froze kan dulu. Bila masa mengizinkan kiter akan reheat agar citer yang dah nak basi tuu jadik suam-suam kuku…

Wokeyy... Kali niii I nak citer stori baru punya…. Hangit dari oven kehidupanku.

Ceritanya bermula disini…..

Hari ini… (Sabtu-04/12/10) kiter mula release dari one off penyebab stress I. Dikesempatan ini kiter nak memperbaiki hubungan kekeluargaan yang dah sedikit terabai ekoran ngan kesibukan tugas pejabat.

Sabtu ini juga… banyak menda yang perlu dilakukan… bermula ngan mengemas rumah yang sejibik kapal titanic yang dah karam… basuh baju yang dah berbakul-bakul… dan melipat baju yang dah menggunung cam gunung ledang (tu pun x hbs lipat). Pas zohor… attend 2 jemputan kawin (Tahniah yea buat Faizal& Su serta our neigbour yang kawinkan anak sedaranya). Petang… my hubby, kids & jiran gi sewa court badminton from 5-7pm…. dah sewa… kalau tak main tuuu kira poyo ler tuhh!

Pas maghrib lak… terus kitorang ke MINES… nak dating ngan En Harry(tapi lum book tiket lagik). Jln ke Mines memang slow moving... sampai jer kat kaunter tinggal row 1 & 2... kalau nak gamble diaorg mintak tunggu dlm 10 minit... kalau org book on-line x dtg ambik tiket, kitorang bole beli. And al-hamdilillah... berkat penantian another 10 minit... kitorang dapat gak.

Alamak... perut kami mintak diisi... lapar laaa... since masa x pjg... cari makanan yang fast lane... Ermm... dunkin donut depan tu aje... Order... sekali takes time daaa...

We have only 5 minute tuk telan apa yang dah diorder... tercekik maaa... En Harry punya pasal... telan pun telan laaaa...

Wokeh.... siappppp

Zoooooooooooommmmmmmmmmmmmm ke TGV... sekali sit kitorang dah ada orang duduk... cross checking....

TGV dah sewel... sit yang dah sold... dia still keep issuing ticket... maka sibuk lerr depa memujuk kitorang gii tgk cerita lain... sebagai ganti kesilapan teknikal diorang tu... Bila kiter berkeras nak gak tgk En Harry... dia pujuk kitorang duduk sit depan sekali... Elloooo.... kalau itu pilihannya baik kitorang gi cinema lain.. kat balakong keee alamanda keeee... Bila kiter dah emo... baru tawarkan money refund...

On de way ke kaunter tiket... panas telinga budak tu kena sound ngan kiter... terkebil-kebil dia mendongarnya... berkali-kali mintak maaf... Sori lerr dik hakak memang frust... huhuhuuu...

Sebab-sebab mengapa hakak frust tahap gaban:

1. Filem En Harry niii antara my febret film… kalau dulu kiter sanggup ambik cuti bg memastikan dpt dating ngan dia di hari pertama tayangannya kat Malaysia nih! Disebabkan hakak bz… I tangguhkan niat tuuu hingga saat ini… Sekali jadik gini looo

2. Sit yang dia offer sebagai ganti nunnn depan sekali… elloooo… this is not kelas ilmu… sapa duduk depan berpotensi jadi best student… Tengkuk hakak niii lum recover lagik… Nak dongak pun terasa sakit… ni nak tambah penyakit lagik.. Ini bukan best student yang i dapat… sebaliknya, kedebushhhhh namanya…

3. I frust sebab I nak leasure ngan kids… 2-3 menjak nii I agak emo ngan diorang… kurang bergurau senda… kekadang tu kul 12 mlm pun still mengadap kerja opis… cian anak-anakku.. huhuhuuu.

4. Geram sebab…. Tekak hakak nii cam luka sikit… enjin dalam perut nii… terpaksa bekerja keras. NGAPE? Laaa… kowang x bole agak ker ngapa? Ni haaa dalam masa 5 minit… kitorag terpaksa telan ngan licinnya chicken smoke breast/donut/minuman… terkejar2 semata-mata nak tgk En Harry… kesudahannya? Hammpeehhhhh

Actually banyak lagik ler point-point kefrustasan kiter niihh… tapi malas dah nak stori kat sini… Tadi I betut-betut hangin… Tapi... bila dipikirkan balik... apa ler nak dihanginkan sangat... dunawi jerr semua nii...tapi... dalam dok pujuk hati yangt frust nii... terselit gak sekelumit niat nak tengok gak citer nii.... tapi... bunyinya macam tipis... sebab...

biarlah sebabnya tersimpan dalam hati ini kerna naik sebak laakkk nak distorikan kat sini.

Dah lerr... mata nii pun nak ngantuk... nite.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails