Saturday, December 11, 2010

Natrah

Based on title, sure u ols bole teka apa intipati entry kiter kali ini kan kan kan???? Off course ada kaitan ngan Teater Natrah 2 yang berlangsung baru-baru ini kan?

B 4 kiter proceed ngan Stori Natrah itu sendiri, kiter nak share sikit pengalam kiter mengenai teater ini.

Actually, sejak dari kecil kiter teringin sesangat nak tengok pementasan teater yang diwar-warkan penuh dengan kehalusan seni dan bakat ini. Tapi... keadaan kiter tika itu langsung tidak mengizinkan untuk kiter menunaikan impian tersebut. Impian itu hanyalah sekadar impian.

Keterujaan untuk menonton pementasan teater semakin memuncak sewaktu pementasan Siti Zubaidah (kalau tak silap dalam tahun 2000). Masa tuu kiter baru jer menamatkan pengajian dan berada di kampung halaman. Kepingin bangatttt mau nontonnya... tapi my mum x izinkan kiter ke KL. Tika itu mau ajer menjerit kehampaan... tapi x dapat jerit... nangis ajo loooo!!!!

Bila keadaan dah menizinkan... tak terlintas pulak kiter nak gi tengok teater meter nihh....

Tup-tup... on 2nd Dec baru-baru niii, geng layanzz kiter ajak tengor Natrah... Hurmmmm.... Idea yang cukup best.... tapi cam tak sampai hati lak tinggalkan En Asben coz pernah masa bercinta cintan dulu kami berjanji nak tgk teater bersama-sama. Kalau kiter gi dulu.... mana janji-janji yang dipahat suatu ketika dulu... tapi best gak dapat tgk ngan gengz layan yang sporting morting tuh.... alahaaaiiiiii serba salah dibuatnya.

Bila kiter suarakan tentang Natrah dengan geng layanzzz.... En Asben mulanya mendiamkan diri... Malam tuh baru beri keizinan pd kiter untuk gi ngan kwn2. Tapi.... Kiter tau kalau kiter gi dulu... mesti En Asben sedikit keciwa. Akhirnya, kiter mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat. Melihat kiter yang serba salah... En asben bertalu-talu menyuarakan keizinannya. TQ kerana memahami... Tapi, tak pe laaa... Kiter masih berpegang pada janji yang kita patri 10 tahun lepas.

Akhirnya,

Dalam diam.... En Asben book tiket untuk kami menjejakkan kaki buat pertama kalinya di Istana Budaya.....

Waaahhhhhh..... tercapai gak niat kiter nak menonton di pentas bertaraf dunia iniii... hikhikhikkkk

Kami memilih pementasan pada Ahad 5th Dec jam 3.00pm.... Bertolak dari Bangi selepas zohor... jalan jammed teruk... bimbang sesanggattt tak dapat sampai tepat pada waktunya... Ngam-ngan kul 3.00 kami sampai... Sib baikkkk....


Masuk ajer pergghhh..... terasa syiookkkk sesangatttt....



Maybe sebab masih ramai penonton yang lum tiba dek tersekat dalam kesesakan lalu lintas... pementasan ini dilewatkan 1/2 jam.... so, dapatlah kami menarik nafas dan memasang mood... Bila melihat pentas niii... terdetik lak dalam pikiran... Elehhhh ingatkan sebesau mana laaa pentasnya... besar lagi pentas kat UPM... hihihikkk... Sekali bila mula jer pementasan... hambik kauuuu... terpukau kiter ngan prop2 disebalik tadbir nihhh.... Itu laaa kan ker orang dah pesan... don't judge de book by it's cover.... huhuhuuuuu....


Khusuk nonton ler tuh kununnya... hikhikhikkk ini lum mula lagi laaa... masa tayangan mana buleh ambik gambar!


Niii barisan pelakon yang menjayakan pementasan kali niii.... Ermmm... babak yang paling besttt bila menonton aksi Abg Remy (mansor adabi) menari ala2 hindustan gituu.... so sweettttttt...... (my eyes is blink... blink..... hihihihiii)

Niii sebaik sahaja kuar panggung..... nak bergambar ngan para pelakon x dapat.... kat sini aja loooo

Kesimpulan dari persepsi kiter... hurmmm.... Since this is my 1st experience.... tak bole nak komen atau buat komparison. So far... it's quite heavy 2 me nak memahami teater ini... So far ok laaa.... heppi and puas hati. Since Natrah adalah sebuah kisah benar.... banyak sumber yang boleh dirujuk bagi membantu kiter untuk memahami jalan cerita NAtrah ini......


24 Mac 1937: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh (kerana telah ditawan tentera Jepun), Maria Huberdina Hertogh ketika berusia 5 tahun, diserahkan oleh ibunya Adeline untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad .

Che Aminah adalah seorang peniaga kain yang berasal dari Kemaman Terengganu telah memberi nama Natrah & mendidiknya dalam Kemelayuan serta Keislaman. 3 tahun kemudian, melalui Singapura, NAtrah dibawa pulang ke Kemaman kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang putih yang dianggap bangsa penjajah.

Bapa Natrah yang bebas dari tahanan Jepun sewaktu NAgasaki & Hiroshima di bom telah pulang ke JAwa untuk mencari Natrah tetapi gagal lalu pulang ke Belanda. Namun usaha mencari terus dijalankan melalui rakan/pegawai Inggeris dan Belanda.

Akhirnya Natrah ditemui oleh Penasihat British di Terengganu sewaktu acara sukan Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah akhirnya terpedaya dengan tipu helah mereka lalu membawa NAtrah ke Singapura hingga Natrah ditempatkan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Singapura seterusnya ke Girl Homecarft Centre York Hill, Singapura.

Che Aminah tidak berputus asa untuk mendapatkan hak jagaan lalu berurusan dengan peguam dan berjaya mengeluarkan NAtrah dari York hill setelah menang dalam rayuannya.

Untuk mengelakkan peristiwa berulang, Natrah ketika itu berumur 13 tahun dan telah bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.


Namun undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin.


Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.
Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura. Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.

Natrah dibawa oleh ibunya ke Belanda. Setibanya dia di Belanda, dia telah disambut oleh 4000 orang kristian dan dikawal ketat oleh polis Belanda. Jasadnya di Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, terutama pada Mansor Adabi... suaminya.

Surat pertama yang diutus Natrah kepada MAnsur Adabi menyatakan bahawa dia telah menjadi Kristian Katholik dan meminta Mansor tidak lagi mengutusinya. Ini menyebabkan Mansur Adabi berpatah arang lalu bertindak mengahwini orang lain. Namun berita perkahwinan MAnsur amat mengecewakan Natrah dan ingin kembali kepada MAnsur.

Namun, takdir tidak menyebelahi NAtrah, dia seterusnya berkahwin. Namun kebahagiaan tidak menyebelahinya dan pernah didakwa atas cubaan membunuh suaminya. Beliau dilaporkan sakit jiwa tetapi dinafikan oleh anak-anaknya.


Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda akibat leukemia pada usia 72 tahun.

Ermmm... begitulah lebih kurang kisah Natrah ni...

Tujuan entry ini ditulis... bukan untuk mencetus sentimen perkauman atau keagamaan tetapi sekadar berkongsi satu kisah benar dari perspektif insan yang tertekan dengan sentimen yang diwujudkan oleh persekitaran.

1 comment:

nashora said...

memang seronok dpat menonton teater...setelah sekian lama dinantikan...terutama bersama my partner....hehehe....walaupun dapat tgk SJ n MK...tapi hamba control jer...berbanding my partner teruja tgk RI....hehehe...nasib baik x join ngan makcik2 sebelah...siap menangis lagi....huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails