Friday, April 27, 2012

Cer intai sikittttt.....

Salam guys.....

Last entry kiter promise nak citer pasal persiapan tuk sang anak kan? Hurmmm.... since persiapannya lom lengkap lagik... kiter stori dulu ler benda lain.Tapi still berkisar tang stori pegnan laaa yer!

Kali niii pregnancy check-up kiter wat kat Klinik biasa aje. Malas nak berebut-rebut ngan patient lain kat Pusat Kesihatan. Ada gak yang tanya kat kiter.... kalau decide nak bersalin kat spital goverment, tak pe kalau tak check-up kat Pusat Kesihatan Goverment?

Hurmmm.... based on my prevoius experince, kita wat check-up kat klinik swasta, so, tak der ler buku pink Kementerian Kesihatan punya yang klinik punya aje laaa.... 

Since decide nak bersalin kat Spital Putrajaya, bulan ke-8 baru kiter bukak kes kat sana. Tak der lak pulak kena marah. Nurse tu cakap... yang depa marah tuuu kes yang dah nak bersalin... gi klinik swasta, sekali kesnya berat dan sang ibu dah nyawa-nyawa ikan... datang ngan ambulan nak masuk labour room. Last-last bad reputation goes to Govt Hospital.... 

Hurmm.... tak mo ler nak ulas panjang-panjang stori tuh... berbalik ngan topic kiter.... "CER INTAI SIKITTTT"....

Intai saper????

Hi hihiiii... tak der saper pown.... just intai budak dalam pewot kiter jer!!!!! Haha hahaaa. Tak der nak stori panjang-panjang... Just summerize gambo2 aje. Gambo lama den malas nak muatkan... just selitkan gambo yang tak lerr terkini sangat... tapi latest sikit iaitu on 21 April baru-baru niii!


Yang tak berapa nak reti baca/translate gambo niii... meh den khobarkan..... ni gambar muka dia.... walaupun rupanya tak berapa nak jelas.... tetapi lobang hidungnya tetap menjadi pooojaaaaan... NAmpak tak hidung dia?????? Yang atas hidung dia tu spek mata hitam yang diperbuat dari tali pusat dia. Hahahaa..... Tangannya pulak kata.... One Malaysia.. Hohohoooooo......




 Ni lakkk.... tapak kaki dia.... woooo woooo.... apa tujuan dia tunjuk tapak kaki dia nihhhh...... Nak membuktikan yang ini bukan kaki bangku ker.... So, ley main bola kerrrr??? Eherrmmm.... ekau tu laki ko pompuan.... cer bagi tau sikit.......




 Sekali ada telur laaaa...... ermmm ok!!!!! 


So, camner laaaa ghuper dia kannn?????? Jommm intai lagik......



"Sowi ler ibu & ayah..... my tali pusat dan uri menghalang pandangan. Sebab I tengah tido. Tak ley nak bukak mata. Senyum pown tak mau!!! Ngantuksss laaaaaaa... saya lahir nanti tengok ler puas-puas. Especially Ayah!!!! La nii asyik jaga ibu aje! Saya dah kuar nanti jaga saya pula ye!!!!!!" Hihiiii hiii.... anak pesan tu ayah oiiiiiii.........


Persiapan Sang Ibu!

Pejam kelip-pejam kelip lagi 09 minggu kiter akan deliver. Ermmmm…. Dah nak hampir ngan waktu “sabatical leave” nii…. Waduh…. Dah kena buat preparation dah niii!Berpantang ni perlu tau! Org kata, supaya sang ibu tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Segar sangat ker kiter before dis? Hik hik hikkk 

Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bukan aje kiter yang raser tau…. Sure dirasai oleh setiap wanita selepas bersalin kerana menunggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Kebanyakan ibu-ibu masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. 

Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Misalnya, cara kiter wanita Pahang mungkin berbeza dengan orang belah selatan. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina, India atau omputeh berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin. So, tak boley ler kata cara orang tu betoi cara orang ni salah! Kan kan kan????? 

Rawatan dalam berpantang lak boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu. Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum. 

Masa kimie dulu kiter berpantang hampir 3 minggu ngan kuarga mertua selebihnya ngan my own mum… Sephia laaakkk fully berpantang ngan mertua. Kali nih…. My mother in law dah meninggalkan kami….My mum pun tak available nak ke Bangi sebab too much commitment kat Pahang. Nak berpantang kat Pahang lak anak-anak sekolah. So? Kiter decide nak berpantang sendiri aje laa. Since anak ke-3 je pun…. To my mum kat Pahang, dun woori laaa… Tok’ Bidan I… Dr Nazrul kan ada. Insya-Allah, kami akan belajar dari pengalaman yang lepas! 

Jom kita zooming apa amalan biasa yang kiter pernah lakukan masa berpantang dulu…. Dan apa plan kiter kali nih! 


BERTUNGKU 

Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang kiter rase penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. 

Biasanya tungku diperbuat daripada besi sebesar botol 500ml atau batu sungai dan beratnya kira-kira 1.5kg. Tak payah lerrr  cari batu besau-besau! Kesan bertungku  bukan terletak kepada beratnya  tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam. 

Kali niii batu tungku kiter nak cilok dari adik kiter yang baru habis tempoh sabbatical dia awal tahun baru-baru nii. En asben just perlu panaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian balut dengan kain yang telah dilapik dengan daun mengkudu atau daun sirih. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku. 

Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari/ bawah pusat dan di atas perut (bawah buah dada), komdian ke tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku. Kita gak bole duduk atas batu tungku tu tadi untuk mengeringkan luka!


BERURUT MENYEGARKAN BADAN 

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Dilakukan  pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran. 

Dulu my MIL yang carikan tukang urut, la niii kena start cari sendiri maaa…. Ada laa survey kat spa…. Pakej yang ditawarkan RM180 per day (urut ibu dan anak, pek herba mandian ibu, memandikan anak dan memakai bengkung ibu dan anak). Biasanya urut dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut dan dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 (orang kg kiter kata sengkak). So kalau kiter ambik pakej tadik… agak expensive sikit kot… yea laaa total urut aje dah RM1080. Hurrrmmm…. Nanti nak try survey lagik laaa….. 

Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Kali niii… 

kiter pilih minyak ini…… 


MANDI 

Pas berurut… apa lagi… mandi laaa! Kiter bukannya orang minyak yang tahan seharian berlumuran minyak! Orang kata mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Tapi masa kiter dulu terkena musim panas maaaa. so, kiter dulu…. On aje mandi pagi petang. 

Mandi lak lebih baik menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur daripada air biasa, kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Sebolehnya sepanjang tempoh berpantang, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun atau sekurang-kurangnya selama dua minggu. 

Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi, daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai, daun bonglai, daun mengkudu dan rempah halba. 

Masa dulu, my father in law yang masak air rebusan mandi kiter. En asben just tuangkan dalam baldi dan mandikan kiter aje. Kali nii???? Berpantang sendirikan? 

So, kiter dah siapkan mandian herba nii awal-awal… Beli sebekas herba kering nii....

Reganya RM30. Dalam niii ada pelbagai ramuan akar kayu.... just ambil sejemput dan rebus dengan air. Sebekas ni untuk 10-14 kali mandian aje. So, untuk memperbanyakkan stok kiter ingat nak tambah potongan daun pandan dan serai wangi (sebab ini jer yang senang nak dapat kat sini). Campur ngan bahan-bahan di atas dan sumbat dalam uncang. Tiba timenya nanti, En Asben rebuskan aje. Bila dah masuk dalam uncang… tak der la Tok Bidan tu bersusah payah mengutip daun-daun yang bertaburan kat bilik air. Uncang tu pun boleh digunakan untuk menyental daki di badan. 


Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari  dahulu diikuti kaki hingga ke pinggang supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. 

Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda. 


MANDI LULUR

Mandi lulur nii kiter buat seminggu sekali aje! Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur. Bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. 

Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Tapi kiter tak ke spa pun… 


just beli benda alah nii (yang niii wangi sikit)… tak pun beli laaa lulur kulit rambai yang banyak terjual di pasaran(yang nii bau rempah sikit). Mana tempat yang sampai dek tangan sendiri… lulur laaa sendiri. Yang mana tak tercapai dek tangan tuuu mintak aje tok bidan lulurkan. Senang cer. Kan kan kan! 



BERTANGAS 

Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang. 

Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti  keping asam gelugur,  garam jantan (jantan aje tau! Betina tak ley!),daun sirih, daun inai, Haliadan manjakani. Caranya: Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Air yang sudah sejuk jadikan pencuci bahagian sulit. 


PEMAKAIAN PILIS, TAPEL, JADAM DAN BENGKUNG 

Pilis ni disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin. Dulu kita guna jenama mustika ratu, maka bertepek ler line hitam atas dahi. 

Seterusnya sapukan perut dengan tapel :minyak kayu putih, kapur sirih dan perahan limau nipis. Tapel ni adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut. 

http://www.ungkuradziah.com/untukmuwanita/imej/leesa%20ginger%20cream.jpg
Kali niii kiter just beli brand nii…. 
Ini pilis modern. So tak der ler lagi palitan hitam kat dahi… lutsinar aje! Tapi fungsinya tetap sama. Pun boley jadi tapel tuk diletakkan kan pewot. Diharap tak der laaa gatai-gatai lagi cam guna kapur dan limau macam dulu-dulu.. hik hik hikkk… 


Disamping cream niii kiter gak standby ngan....

 losyen mustajab nii! 


BERBENGKUNG 

Lepas memakai tapel kat pewot, yang bersalin normal boleh ler berbengkung. Benkung nii haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung. 

Citttt… sebut aje berbengkung niii mesti my Tok Bidan menjuihkan molot dia tu! Hihihiii…. Dulu kaaannnn… I pakai kejap aje… pas tuuu bukak… gatai lerrr… panas lerrrr…. Tu yang tak berapa nak slim tuh! Kali nii I janji kanda… I nak berbengkung bagai… hik hik hikkk… Siap beli bengkung baru gituh. Bengkung lama tuuu panjang sangat laaa… tu yang panas! 

 Ni brand bengkung yang kiter pilih kali nii.... 
http://4.bp.blogspot.com/_wYTwbWc-e3I/S48FIoFQgOI/AAAAAAAAALs/DIHW1sH5Uw0/s320/Picture+239.jpg
nampak cam senang sikit nak ikat sendiri berbanding bengkung-bengkung kiter sebelum niiiii....  



BERTASAK & MINUM AKAR KAYU 

Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan. Apa tasak tu??? Hurmmm kata orang minum jamu akar kayu laaaa… Yerkkk!!!!! Serik maaaa!!! Kimie dulu kiter ambik set salindah. Masa Sephia laaa nak try jamu akar periuk bagai… sekali uweekksss…. Pahit maaaa…. CULAS sekali mau telan. Kebetolan, si Sephia lak fully brest feed dan ada effect jamu tu kat dia… alih-alih langsung tak bertasak. 

Kali niii kiter kembali menggunakan set salindah ni:
Set niii kiter beli masa awal preggie lagi. Supposely makan masa preggie masuk bln ke-4, tapi kiter baru bole start makan bila masuk bulan ke-6 preggi. Sebab before that tak ley telan ubat langsung… memanjang muntah. Saper yang decide nak bertasak cara tradisional tak boleh campur dengan penggunaan salindah niii tau! sebab salindah nii perubatan hemopati. Ubatnya cinonet-cinonet aje. Kaler putih… tak berbau dan tak pahit. Set lengkap niii bih kurang harganya RM380 aje! 

Perghh.... belbagai brand/jenama tuk set berpantang kiter kali niii... Pada hal banyak set lengkap terjual di pasaran. Pilih aje kan kan kan!!!! HAhahaaaa.... saje jer nak pelbagaikan brand. Ikut citarasa kiter. Yea laaa... kebanyakkannya terjual lengkap dengan pakej set makan. Sedangkan kiter mana nak makan jamu-jamu niii. Salindah aje yang lalu nak ditelan. Tu yang bahan-bahan lain terpaksa dibeli secara berasingan. 

Yang no hal punya nak makan jamu-jamu dan malas nak beli loose item cam kiter ni..... pilih aje set lengkap yang ikut kehendak dan kemampuan kowang. Tapi i tak ley ler nak rekemen which brand yang better! Next preparation is:


MATERNITY PAD

Hik hik hikkk... ni pun nak distorikan ka sini kerrrrr... Hahahaa... jgn mara maaaa.... Tak der... den just nak khobarkan.... banyak maternity pad yang terjual di pasaran.... Cuma kali niii den nak share.....

http://www.goavail.com/wp-content/uploads/2010/08/3padsmall.jpg

Benda alah niii adalah pad dengan rumusan herba. So katanya sangat sesuai tuk orang lepas bersalin coz dijangkakan dapat mengluarkan darah beku dan mempercepatkan penyembuhan luka. Itu aje!!!!! Hik hik hikkkk

Last thing tuk preparation kiter ialah.....

MAKANAN BERKHASIAT UNTUK YANG BERPANTANG  

Jika dah follow step berpantang kat atas tetapi tidak berpantang makan, kata sowang blooger tuh, samalah seperti mandi tidak bersabun. Stail orang kampong kita, pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim dan untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. 

Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Betoi ke idak… hentah lerrr…. Tapi harus diingat, masa berpantang kita sangat-sangat terdedah dengan sembelit. So, before deliver, siap-siap ler mintak kat spital ubat sembelit. KAlau idakk…. Ngeri wooooo 

Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus menggunakan rempah ratus seperti lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan lain-lain. Entri pasal resepi-resepi orang berpantang niii akan kiter muatkan komdian supaya senang my Tok Bidan nak bantu menyediakannya nanti. 

Wokey ler… panjang lebar lak kiter citer menganai preparation tuk sang ibu. Next entry kiter share lak persiapan kiter untuk sang anak lak yer!!! DAhhhh!!!!!!!

Tuesday, April 17, 2012

Mengidam kerrr??????

Hihihi....sori lerrr....  entri kiter kali nii still berkisahkan tentang peknant stori. Yea laa....  sesuai ngan status penulis ketika ini.... hik hikkk hik....

tajuk kali niii sure kowang biasa dengar. Bila ada pompun peknan mesti berkait rapat ngan mengidam... Emm.... tak tahu lak kiter, adakah ini hanya berlaku dalam masyarakat melayu atau ada gak bangsa dan kaum lain yang mengalami idam mengidam nii.

Orang dolu-dolu berpesan kalau ada ibu-ibu yang mengidam niii... jangan di pandang enteng!  Nanti anak yang lahir esok meleleh jer air liur.  Betapa seriusnya orang mengidam niii diceritakan dalam kisah Sultan Mahhmud mangkat dijulang. Di mana mengidam bukaan rekaan/rengekkan sang ibu semata-mata. tetapi... memang diinginkan oleh anak dalam perut. sebab itu masa raja meminta dibelah pewot pompuan ngaandung yang mkn buah nangka didapati sang anak sedang menyonyot biji nangka, Hihihi... pada hal  sains dan perubatan moden telah membuktikan bahawa baby dalam pewott mendapat zatt makanaan menerusi tali pusatnya. HAhahaaa... Betoi kerrrr anak yang nak makan sangaat atau sang ibu  yangada-ngada minta itu dan ini?

ermmmm.... entah lerr... pada kiter may be ada betoinya memang anak yang nak makan sesangat.  Sebab.... itu terjadi pada  kiter. actually kiter nak elakkan menggunakan perkatan.... mengidam ler nak makan itu... nak mkan ini.  Tak sampai hati nak menyusahkan En Somi... tapi episod terigin tuuu bermula sewaktu mengandungkan kimie. On de way gi kerja kat phileo dmansara... kitorangkaan lalu depan sebuah rumah yg ada tanam pokok delima.. Hari-hari kiter nampak ada sebiji putik delima. Hari-hari berlalu dengan pantas.. dan sebiji delima yang terjuntai iitu telah pun masak ranum. |Keesokkan harinya kiter dapati delima itu sudah tiada di situ. Hati ini tiba-tiba jadik sedih. Siang malam teringatkan delima tersebut. Nak tido pun teringat delima.. lam sebahyang pun dok terkenangkan  delima tuh.. sampaikan meleleh air mata. Last-last mintak gaakk en somi belikan delima walaupun tak sama dengan delima yang terjuntai kat depan umah orang tu!

Ingatkan nak makan tu ajee... rupa-ruupanya ada yang lebih ddahsyatttt... Kiter mempunyai habit makan yang lain dari sifat kiter sebelum ini.. Iatu      suka makan burger. hari-hari burger.... Sekurang-kurangnya sebiji  sehari. Tak kisah ler burger apa mc d ker, burger king ker... burger tepi jalan ker... Asalkan burger yang dimasak dengan pan/kuali yang masak burger ajer...  Home made burger??? No No No.... sebab pan dah digunakan untuk masak benda-benda lain.

Pas bersalin jer....(lepas habis pantang ler oiiii), kiter memang dah tak der hati sangat nak makan burger. Buhsan dan muak pun ada! Sekali sekala bole ler layan. Camner ler dulu hari-hari bole telan... Huk huk hukkk!!!! Nampak sangat lerrr bukan sang ibu yang ngada-ngada kan kan kan???? Kini....  kami as a parent mengurut dada nak menangani perangai si kimie yang tak jemu-jemu makan burger.... Kalau ikutkan perangai dia... pagi petang siang malam makan burger pun tak pe. Sejibik perangai dia masa dalam pewot. Tapi kitorang kawal... tak baik untuk kesihatan nak oiiii!!!!!

Masa pegnan kan Sephia.... tak banyak benda pun kita nak makan.... biasa jer... cuma awal-awal preggie tu suka makan kerabu mangga.... Yang lain cam biasa jer... Perangai Sephia sekarang??? Hurmmmm payah nak suruh makan... tu yang cekeding jer dia!!!!! Uikssss... salah sang ibu ker? Tak kot!!!!!

Preggie kali nii.... hihihikk.... cam ngada-naga sikit kot!!!! I bukannya demand sangat-sangat... Tak der laaa ayat cam ni kuar "Bang... mengidam laaa nak makan dot... dot dot...." Tak caya tanya ler En Asben. Cuma .... macam tak lalu nak makan kalau  apa yang diinginkan tak masuk pewot.... he he hee...

Trimester pertama preggie.... of course masa mengalami muntah-muntah yg teruk... mana-mana orang yang mengalami masalah yang sama sure tak mau makan. Penat masa proses uwekksss tuuuu kalau makan. Tekak pun bole berdarah! Masa tuuu geli geleman telan ler sikit bubur nasi. Walaupun hidung kembang kempis... telan leerrr sikit walau pun tahu hakikatnya tak akan bertahan lama makanan tuu dalam pewot! Yang kiter lalu nak telan ialah... Tutti Fruity.... Hik hik hikk... demand gitu! Stok  Tutti Fruity mesti ada dalam peti sejuk kat umah dan perlu dibeli selang sehari. HAhahaaa..... plus minus... kos nak beli benda alah tuuu area RM100 per week laaa..... Selain dari Tutti fruity... kita hanya bole makan buah-buah aje. Itu pun buah-buah tertentu jer... macam pisang kaki, lai dan anggur. Tapi uwekkss.... tetap uweksss.....

Masuk ajer trimester kedua hingga kini.... selera dah terbuka walaupun alahan still ada. Dah tak mo pun makan makannan yang kiter beria-ria makan masa first trimester dulu. KAli niii dapat habit baru... suka makan kurma, buah tin dan..... dan.... nasi arab maaa....


Bih kurang 1kg buah kurma dijadikkan stok untuk seminggu (dalam RM50-RM55 setiap kali perolehan dibuat). Orang kata bagus makan kurma nih... TApi kiter risau gak... nabi pesan makan perlu berpada-pada... Ada hadnya! Tapi kiter...? Makan kurma makan makan kacang. Padahal... sebelum niii sekotak kurma yang dibeli masa RAmadhan tu selalu tak habis. Pada hal sekotak tuu tuk sebulan untuk seisi kuarga! Sekalang aaaaaa..... lebih dari sekotak tuk seminggu saja maaa???? Haiiyaaaa... manyak takut kalau Mr diabetis menyelang nanti!!! Huk huk hukkk.....

Selain tuh.... paling koman seminggu sekali pekena nasi Arab... Perghh... Mandy Rice lerrr kebab lerr... best wooo.... Actually kiter dok terbayang-banyang Kabsah Lamb dan Ayam golek yang kiter makan masa gi umrah dulu... Tapi nak buat camner... JAuh tuhhhhhh nak ke sana.


Sib baik boley telan MAndy Rice kat sini... Tu yang sekalang jarang makan nasi. Tak der hati nak makan nasi selain dari nasi arab. Kalau dah kebulur dan lapar sangat tahap cipan.... baru laaa makan nasi campur atau nasi goleng-goleng. Kalau idak... baik makan roti aje! Tak pun mee goreng/ mee tom yam! Harap-harap baby yang kuar nanti tak der ler wat perangai cam nihhhh... Gerun gak tuh!!! Agak tinggi kosnya kalau dia nak makan nasi arab hari-hari.

Gini laaa sebab theme kali ni ia Arabian.... kiter carik nama anak ala-ala arab gituh.... ok tak???? Any suggestion yea kawan-kawan???? Jangan Ahmad Albab udah lerrrrrr. Kang nangis ajo keroje dia!!!! Hahahaa!!!!!!!

Plus minus... ada 10 minggu aje lagik tempoh kiter nak melotup... HArap-harap tak der lerrrr lerr ngada-ngada nak menda lain yang tidak munasabahan yea dakk???? Doakan yang terbaik yea!!!! Muahhhhhh......

Tuesday, April 10, 2012

Detik 10 April....

"Aikk... ado lai ekau kat opis niii... ingatkan dah melotup daaa...."

Bila jumpa orang tuuu... orang niii... itu laaa kata-kata yang membawa maksud yang sama.... bila lagik nak beranak niihhh... perut dah memboyottt sangat-sangat... dah lobih 9 bulan daaa niihhhh!!!! Doktor kata... as long as baby dalam pewot tuuu move dan bergerak... jangan bimbang. Kalau tak der gak tanda-tanda nak deliver.... bagi tempoh 10 hari dari tarikh jangkaan bersalin. Tiba jer tarikh tuuu... ada tanda kerrrr tak der tanda kerrr terus aje ke labour room.... In-duce katanya!

DAri hari ke hari kiter cam menunggu bulan jatuh ke riba.... tak der gak tanda-tandanya. Waduhh... gusar hati ibu mengenangkannya.... Takut pun ada... mana laaa tau!!! Dugaan Allah nii macam-macam bentuknya... Nauzubillah.......

Haaaahhhh... Tiba gak tarikh yang telah ditetapkan oleh doktor... Hurmmm.... stilll tak der tanda-tanda baby nak kuar.... Bila dah time.... macam tak der hati lak nak bersalin hari ni... ujar kiter dalam hati! Since dah ambik cuti, rasa nak bermalas-malasan aje kat umah. Malas nak bekejar ke spital since baby pun masih bergerak aktif... Ingat lewat petang baru nak ke spital tuk in-duce!

Hampir jam 9.30, pewot dah berkeroncong mintak diisi. Jom ler En hubby, kiter ke gerai Salleh. Pekena roti canai sebelum berpantang! Udah selesai makan... berjalan ler secara bermalas-malasan kiter ke kereta dan tetiba.... "zruppp....." Alamak.... udah  Bleeding ler!!!!!! Tak der ler sakit pown tapi  panic ler pulak! Call mama  nak buat camner.... mama suruh terus ke spital... Tapi tak rasa sakit pun! Cittt!!!! Tak sama pun macam dalam TV... sakit sampai tak menyempat-nyempat nak ke spital. Siap kitorang gelak-gelak lagik. Tapi dalam hati nii panic gak... camner ler sakitnya nanti!

Sampai kat spital Putrajaya... kami terus ke labour room. Kiter diminta tukar pakaian, timbang berat dan check dua tiga menda. Dan komdian kena masuk ward dulu. Kata doktor kita kembar darah! Masa nak bersalin lambat lagik. Tapi dah tak boleh balik umah. Jam 10.30am kiter dah ada kat wad. Sowang-sowang dalam bilik amat membosankan. Siap pesan ngan En Asben, lawat masa lunch nanti beli laaa dua tiga majalah... BOHSAN!!!!!!

Tgh hari berlalu tanpa sakit. Bleeding bertambah banyak... tapi tak der laaa over sangat. Doktor kata kalau dah selang 5-10 minit sakit bagi tau! Tapi sampai laaa ni lom sakit-sakit nak bagi tau apa? Hurmmmm.... tunggu aja ler.... Jam 2.00pm dah  1 1/2 majalah kita khatam... masuk 1/2 yang kedua baru kiter terasa lenguh-lenguh kat bahagian pinggang... alaaaa... kejap-kejap aje! Continue lagik membaca..... jam 4 petang sakit datang lagik... semakin kerap dan semakin keras... Majalah yang ada dibelek-belek kasar! Jam 5 petang sakitnya semakin kerap dan bertambah ganas.... MAjalah tadik???? Terus dicampak.... Arghhh.... sakitnya!!! Mana Abang niii tak naik naik lagik nih!!!!!

Nampak aje muka dia.... "Bang tolong gosok pinggang niiihhhh!!!!" digosoknya perlahan-lahan.... Bila contarctionnya datang lagik.... "Bang.... gosok lerrr kuat sikit!!!! Orang sakit niiihhh!!!!!" maka digosoknya lagik..... Bila contractionnya mengasak dengan lebih kuat.... Habis satu bilik kiter tawaf... dah tak terbilang pusingannya. En Asben terkebil-kebil memandang kiter dan memujuk kiter baring. " Tak nak baring laaaa.... abang aje laa yang baring..." jawab kiter dengan nada yang sedikit tinggi kerana sedang melawan sakit.

Maka bersandar  lerrr En Asben atas katil memenuhi kehendak sang isteri yang kesakitan... Bila nurse masuk terkujat diorang... Isyyy sapa yang sakit nih???? Terkekeh-kekeh nurse tu gelak... Minta En Asben bangun dan minta kiter duduk sebab nak dapatkan bacaan tekanan darah! Kuar aje nurse, kontraktion berlaku lagi dan sekali lagi kiter minta En Asben urut... Masa tu laa mama datang dan jeng.... jeng... jeng.... Ayokkkk En asben kena marah!!!! Sebab urut kuat-kuat... mama kata bahaya untuk baby kat dalam... haaaa haaaa. tak tau!!!!

Mama mengambil alih tugas En asben. Urut perlahan-lahan sambil terkumat kamit baca doa.... dalam 6.15pm mama panggil nurse bagi tau sakit kiter selang 5-10 minit... Doktor datang periksa dan minta bawa kiter ke labour room... Dah nak time kot!!!!!

Kat labour room... kiter dipasangkan dengan dua jenis mesin... Satu yang detect nadi baby... satu lagik mesin yang kiter panggil mesin "krengggg krengg..." Sebab, bila kiter mengalami kontraction, mesin tuu akan berbunyi ngan nyaringnya! Tiap kali mesin tuu berbunyi... kiter yang dah tak boleh bangun akan menggenggam seerat-eratnya tangan En Asben yang senantiasa berada di sebelah. "Sakit kerr??" Itu lerrr soalan yang ditanya tiap kali mesin tuuu berbunyik. SEbab sakitnya yang tak tertahan-tahan... kiter jadik geram bila En asben menanyakan soalan yang sama tiap kali mesin tuu berbunyi... Off corse lerr sakit... sebab time tuuu tanda kiter tengah mengalami kontraksi bang ooiiiii.... Malas nak menjawab persoalannya yang sama tuh... kiter memalingkan muka ke sebelah sana!

Akhirnya... time tuk push pun tiba.... puas kiter push sampai putus nafas, baby hanya keluar kepala sedikit dan biler kiter curik nafas... zruupppp dia masuk balik.... berkali-kali kiter try... fail maaa.... akhirnya situasi menjadik kelam kabut bila mesin catatan nadi baby menunjukkan tanda yang negatif.... baby dah hampir lemas....

"OT stand-by!!!!!" jerit doktor bertugas mengarahkan ruang pembedahan bersedia untuk menerima sebarang kebarangkalian.

"Puan.... puan nak nangis sekarang atau nak nangis selama-lamanya... baby puan dah nak pergi niihhh!!! Tolong laaa puan" rayu bidan bertugas.

"Yang... tolong laa ayang..." rayu En Asben pula.... tapi kiter nak buat camner... MAsa time tu laaa contraction dah berkurang. Tambahan lak... kaki kiter jatuh dah tak boleh ditegakkan lagi... semua anggota badan kiter pun dah semakin lemah dan tiada tenaga lagik...

Lalu dua orang jururawat segera memasang tiang untuk kiter meletakkan kaki. Dan serentak dengan itu, ketua bidan berkata...
"Puan ada buat salah pada asben kerr... baik puan mintak maaf sekarang!"

"Oiittt ada ker yer??? Sempat gak berpikir sejenak... Tadik ada gak  marahkan dia masa dalam wad.. masa kat labour room lak... kiter memalingkan muka pula bila  dia tanya soalan bodo tadik... sebab tuu kerr yerrr?

Lum pun sempat kiter jawab... " Laaaa encik ni pun!!! Dah tahu wife tengah sakit... ampunkan dan halal kan aje laaa salah silap dia. masa dah tak der nih!!!!" Gesa ketua bidan tadik...

"Abang ampunkan segala dosa ayang dan halalkan segala-galanya" kata Encik Asben sambil mengucup ubun-ubun sang isteri yang keletihan dan kesakitan.

" Saya nak mintak izin untuk tolak perut puan masa puan push nanti" kita sama-sama usahakan saat-saat akhir ini yea!!!!! Kata ketua bidan.

8.55pm......... Bila mesin kontraction berbunyi.... maka 1...2...3... ............ zruuuppppp... kuar lerrr baby boi dengan suaranya yang nyaring tapi tersekat-sekat. Argghhh... lega dan hilang segala kesakitan.... tetiba panasnya atas perut.... apa tuh???? Terkejut kiter. Rupa-rupanya baby diletakkan atas perut kiter semasa proses memotong tali pusat. Sejurus tali pusat diputuskan... kiter diberi peluang tuk memberi kucupan pertama pada baby.

"Wahh... patut lerr mama awak separuh nyawa nak kuarkan awak ni cayang.... 3.89kg laaa... lilitan kepala pun boleh tahan besarnya... 15cm...." jerit-jerit manja nurse pada baby.

Lepas dimandikan ngan sebotol baby oil... baby dibedung dan diserahkan pada En Asben... Maka diazankan baby dan seterusnya dibawa untuk berkenalan ngan sanak-saudara yang tunggu di luar dan sekali lagi dia diazankan oleh atuknya! Mulut baby dicecahkan ngan kurma dan air zam-zam dan..................




dannn.......



dann....

pejam-kelip-pejam kelip.... 9 tahun dah berlalu.....




April 2012....

Selamat Menyambut Ulang tahun kelahiran anakandaku... Muhammad Hakiemi Bin Nazrul Hisyam.... Macam baru semalam ibu melahirkan dikau.... sedar tak sedar... dah 9 tahun dikau membesar di depan mata.... Doa dan harapan ibu, moga dikau menjadi insan yang soleh.... berjaya dunia dan akhirat.. Aminnn....

Kali niii tiada birthday party untuk dia... A simple celebration aje....


PERTAMA: just prepare goodies tuk dia agihkan pada rakan sekelas....



KEDUA: minum petang kat secret recepi.... Baca doa dulu.....



 "heppi besday...."



" untuk along....."



 KETIGA: Cat sikit bilik dia.... hasil keras tangan ayah ... ibu dan baby di pagi hari 10/04/12



 KEEMPAT: Belikan set karom seperti yang dia idam-idamkan... uikkkkssss... baca apa tuh?????



wooo.... ada pesanan penaja.... pesanan yang paling best...
" JANGAN NAKAL-NAKAL & DEGIL, NANTI KENA JENTIK MACAM BUAH KAROM"
Ha! HA! HAaaaaaaa...!!!!





siap aje mandi..... buat homework.... mula laaa perang karom adik beradik....

dan ingat esok nak  carikkan dia kasut bola baru tuk dia!


Again..... Heppi Besday My dear kimie!!!!!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails