Tuesday, July 23, 2013

Get Well Soon Dear!!!!

Dah 9 hari satu dari kerusi di meja makan kami kosong.... Kedudukannya betoi2 bertentangan ngan ibu. Dah 9 hari gak du'a iftar dan du'a makan diambil alih tugasnya oleh org lain. 9 hari juga nasi dan lauk pauk yg dimasak banyak bakinya. 9 hari juga sofa dipenjuru ruang itu dihuni oleh mu... 9 hari juga hati seorg ibu gundah gulana namun tidak putus mendoakan agar dikau kembali seperti sedia kala....


Mengimbau ibu hari sabtu yg lepas.... Ibu masak nasi lemak ayam berempah, menu buka puasa hari tersebut. Berselera sungguh dia makan... Tambah... Dan tambah lagi. Sehingga ibu terpaksa remind agar berhenti makan... Takut overload dan termuntah. Patuh dengan arahan ibu.... Maka dia pun berhenti makan walaupun jelas kelihatan dia nak tambah lagi.


Keesokan harinya... Kami bersahur seperti biasa... Tak bnyk dia mkn sebab baru 4jam berbuka tadi... Tambahan lak mata yang sangat mengantuk. Puasa diteruskan... namun dalam jam 3 ptg... Dia mengadu sakit kepala... Suhu badannya agak panas. 



Dia berkeras nak teruskan puasa, maka ibu terpaksa sapu minyak panas dan ikat rambutnya bagi mengurangkan denyutan. Sebaik sahaja selesai iftar... Ibu bagi dia paracetomol.


Isnin.... Dia tak mahu bersahur tapi still nak puasa... Puas dipaksa jamah sikit makanan.. Jam 8.30 dia ke sekolah. Ibu bekalkan dia cokelat dan air... Mana tau dia x larat nak berpuasa. Yea lah... Isnin dia ada PE (physical excersize). Cuaca mmg panas terik. Tapi mereka kat sini mmg suka berjemur. Masa summer ni... Kebanyakan aktiviti dibuat out door... Belajar tgh padang yg panas....


Kat sekolah, dia telah diperiksa oleh school nurse. Kata nurse tekak dia merah sangat. Balik sekolah... Dia dehidrated tapi still berpuasa. Time iftar... Dia tak mahu makan... Katanya ibu masak keras... Dia tak boleh telan. Keras ke homemade roti burger ibu buat? Nasi pun dia tak boleh telan. Dia hanya iftar dgn segelas air dan berbaring atas sofa.


Selasa: masa sahur ayah menyuap dia mkn. Menangis-nangis tak mahu telan nasi. Kata dua diberi... 'Makan dan boleh puasa' atau ' x bersahur dan tak boleh puasa'. Berkeras tak mahu makan... Sakit nak telan katanya. Maka, hari ni kami tak hantar dia ke sekolah. Monitor kesihatan dia. Kejap2 dia diarah minum air... Ok lah sikit. Tak de lah dehidrated sangat even tak makan.


ibu paksa minum banyak air sebab dibibirnya dah ada ulser. Kurang air barangkali.


Rabu- Kami advise dia duduk rumah. Tapi dia buat2 sihat. Hurmmm... Kami benarkan dia ke sekolah sebab petang nanti ada sesi parents meet. Setibanya kami di sekolah. Dia tersangat pasif. Rupanya dia bukan sahaja tak makan... Minum pun dia tak mahu... Dia dah tak mampu nak telan air juga. Ulser kat bibir dia makin merebak. Gusinya bengkak dan tersangat merah.




Khamis dia makin worst. Kat sini klinik biasa tak ada.  .Nak jumpa GP (General Practitioners:GPs look after the health of people in their local community and deal with a whole range of health problems) kena ada appointment. Paling awal pun 2-3 hari baru ley jumpa sebab kepadatan penduduk kat Bradford niii sangat tinggi. Walk in clinic lak hanya dibuka jam 2ptg-8mlm. Kul 1.30pm dah kena beratur luar bangunan. Bilangan pesakit pun terhad sangat. So, sapa cepat dia dapat laaa.


Kalau terus ke spital... Mereka tak layan sangat. Silap haribulan  tunggu lbh 9 jam... Lom tentu dpt rawatan. So, kami ke farmasi aje dulu. Sedikit sebanyak kami dpt advise... Utk mengurangkan kesakitan sementara dpt jumpa GP.


Jumaat:  dia tak nampak improvment langsung. Makan langsung tak mau!


Sabtu: dah beberapa hari dia hanya mampu menelan cecair. Itu pun dgn kepayahan yg amat. Pagi ini... Dia berjaya telan suku slice roti yg direndam dlm mushroom soup. Ibu heppi sebab nampak ada improvment. Masa dia duduk tgk tv... Tetiba... Gusi dia yg kemerahan itu mula berdarah, boleh tahan juga kuantitinya. Ini sangat mencemaskan hati seorang ibu! Setelah telefone line 111, Kami decide gi walk in clinic. 


Belum pun 1.30 pm... Org dah beratur panjang di luar bangunan. Sib baik cuaca hari ini tak panas. Jam dua... Kaunter pendaftaran dibuka. Appointment dapat jam 5.15. Maka kami balik rmh dulu. Menanti time appointment, ibu bersilat msk nasi ayam, buat kuih kole kcg dan ptg nanti just goreng aym & karipap yg dah siap ibu buat stock frozen. Mana lah tau... Kot2 kena ke emergency, masak siap-siap untuk iftar nanti.


Setelah diperiksa... Doktor nasihatkan dia ke dentist. 


For de mean time... Dia dibekalkan several ubat- ubatan. 


Nak gi buat appointment ngan dentist hanya boleh buat on monday.... Belum lagik nak dapat tarikh wat rawatan... Ohhh... Teruk betul system kesihatan kat UK niii... Semua kena appointment. Hanya yg betoi2 nazak dan emergency boleh terus ke hospital. So, those yang ada kat Malaysia, kita patut bersyukur sesangat. Klinik banyak... private ada... govt pun ado... spital pun ada clicnic for outpatient. So, kalau ada kes demam dsb nya ley terus jumpa doktor. Tak perlu tunggu dua tiga hari tuk set appointment! Huhhhhh!!!!


Ahad- dah nampak ada improvement. Gusi dah kurang bengkak... But still bleeding. Tekak dah kurang sakit... But still x boleh mkn solid food. Ulser dibibir... Dah mula kering. Tapi... Yg dalam mulut dan tekak... Kami tak tahu. May be turned better!


Today- hari yg ke 9. Berkeras dia nak ke sekolah dan puasa. Sekolah... Ok, dibenarkan sebab this week last week sekolah before summer holiday. Puasa... Nope! Dia kena habiskan antibiotik. Lagi pun... Dia masih tak cukup pengambilan kalori.


Setelah 9 hari berlalu... Sesungguhnya hati ibu sangat sedih melihat dikau dalam kesakitan... Sesungguhnya ibu sunyi bila tidak mendegar gelak tawa dan jeritan nyaringmu. 


Hopefully hari ini ibu dapat kembali dengar gelak tawamu... Hopefully... Kita boleh makan dan berjemaah seperti sebelumnya. Duhai muhammad Hakiemi.... Moga dikau diberikan kembali kesihatan yg telah ditarik sementara darimu. Get well soon my dear!!! 

4 comments:

Norma NML said...

Kesian dia...hope he get well soon..salam dari Rifqi Naqiuddin tuk Hakimi..:-)

nurbijen said...

kesiannya kat kimi... saya tgk mulut tu pun boleh bayang rasa sakit yg kimi kena tanggung...
be strong kimie, moga cepat2 baik.. kesian kat ibu susah hati...

mcbeshe said...

visit this website luxury replica bags address you can look here site link reference

Unknown said...

the original source replica gucci handbags try this site gucci replica check this site out Dolabuy Goyard

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails