Saturday, November 22, 2014

Anti Bullying Week - Monday 17th - Friday 21st

As per my entry yang lepas... kiter ada sentuh sikit pasal theme week CVPS kan???? 

Theme kali ini ialah Anti Bullying Week.... wahhh... cam ada kena mengena ngan kisah sensasi kat Malaysia sekarang nii... "Geng Singlet Hitam". Kat wall FB kiter banyak tooiii kisah buli dan ragging di tepek dan di share sana sini... Hurmmmm... apa tindakan pihak berkuasa... pihak sekolah.... ibu bapa... dan masyarakat? Adakah kita masih nak jadik bangau oh bangau lagik... tunding kesilapan dan tanggungjawab tuuu pada pihak yang lain...  Ibu bapa tak seharusnya menunding cikgu dan pihak sekolah semata-mata. Pembuli tuu may be anak kita... yang lagik menyedihkan may be yang dibuli tuu anak kita.... Buli tuuu tak semestinya dengan kekerasan yang nampak di mata. Mental dan emosi kita pun boleh dibuli. So, kita kena ambik tau!... Masyaraat pun tak seharusnya menyalahkan pihak berkuasa atau selitkan kepicangan dan isu politik di sini. Semua benda nak dipolitikkan. Salah si Parti A lerrr salah si puak B lerr... NOOOOO!!! Ini isu semua Parti OK!!!  Pada kiter, kita semua patut berganding bahu... bekerjasama dalam menangani masalah buli nii... tak dop terkecuali.

Di sini kiter nak share apa yang dibuat oleh pihak sekolah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dalam mendidik anak kecil kita agar menentang budaya buli niiii.


First depa setkan minggu ini (17-21 Nov) niii minggu anti buli... Naikkan banner di sana sini... agar anak-anak sekolah nampak... ibu bapa yang hantar anak gi sekolah pun nampak dan masyarakat tempatan yang lalu lalang di sini pun nampak.... "STOP BULLING" adalah tanggugjawab bersama!!!


Next depa buat Mural niii... "Pokok Anti Buli"


Setiap pelajar dari reception sampai ler year 6 akan turunkan cop tangan sebagai simbolik to say "NO FOR BULLYING"


Pihak polis juga turut hadir untuk bercerita tentang perkara ini... Do and Don't... 


Penceramah yang hadir gak menurunan cop tangan mereka... 


Ini dia pokok anti buli CVPS... as a symbolic word to world....... stop bullying. Anak-anak juga ditontonkan juga beberapa video pendek berkaitan ngan buli dan impaknya  untuk mereka jadikannya sempadan!


And semalam... Non-uniform day lagi... kali niii anak-anak kena gi sekolah ngan busana bewarna biru tanda sokongan kepada anti buli. Ni Sephia pilih sendiri baju dia... Dark blue... asalkan biru... boley ler nak oooiiii..

Hurm.... tujuan kita share niii kita nak bagi cadangan kepada pihak sekolah di Malaysia dan rukun tetangga tempatan. Jom  ler kita bekerjasama dalam menangani masalah yang melibatkan anak muda kita... mereka itu kan aset kita. 

Actually... banyak lagik cara lain nak menangani or mengurangkan masalah ini... filem kita pun satu hal... Pendekatan/ceramah agama pun kita kena fikir goanne nak pikat hati anak remaja kita nii. Yang dok kena sound anak-anak yang ke surau dengar ceramah (gud for reminder) but.... yang kita nak tackle tuuuuuu yang dok merempit dijalanan yang dok hu ha hu haaa sana sini... So, meh ler sama-sama kita pikirkan cara menanganinya dan pelaksanakannya!!!!

Hurmm.... tu buli dikalangan remaja... kalau dikalangan pekerja di tempat kerja!!!!! Tak pun dikalangan warga emas.... pembuli jalanan? Negera pembuli dan negara dibuli.. Huuuuhhhh!!!! Maknanya... buli iniii ada di mana-mana...  ianya masalah Global.... So, meh kiter participate and say NO TO BULLY.... Buat dulu setakat mana yang kita mampu... jooommm!!!

1 comment:

Norma NML said...

wahh..bagusnya..sepatutnya negara kita ikut yg mcm ni..sgt bagus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails