Thursday, January 8, 2015

Detik-detik terakhir-Part 1

Salam guys…

Lama gak mok cik tak ke udara kan? Heheheee… ada beberapa factor meyebabkan mok cik tak dapat up-date stori…  Apakah sebab-sebabnya??? Hihihihii…. Nanti mok cik selit-selitkankan antara sebab-sebabnyer dalam stori mori mok cik yer… 

Since Unifi kat kat umah ni baru aje siap di-install hari ini... maka bermula ler kembali aktibiti bloging mok cik... heh heh hehhh. Actually.. banyak stori/kenangan we ols kat UK, lom sompek ke udara. Komdian-komdian ler mok cik buat siaran tertunda yerk! Stori yang iniii mok cik memang sengaja nak bagi laluan dia bersiaran dulu. Kisah Detik-detik akhir kami kat "Bumi Ratu"…..


Untuk 1st episode niii kiter nak share detik-detik terakhir persekolahan anak di UK.

Ekceli... dipenghujung persekolahan anak kat UK, kiter dah jarang dah ikut my Encik hubby menghantar anak-anak ke sekolah. Yo laaa… time hantar kiddos ke sekolah ler kiter ley mengemas barang masuk box before kontena time. Sebab time tu ler si tecik khaleef eskot ayah dia… tak dop ler dia kacau kan? Hurm... tak banyak 1-2 kotak pun jadik laa kan? But….  Mulai 8 Dec… kiter dah start kembali follow hantar kiddos ke sekolah. Sengaja nak sematkan memori indah tersebut.


Nak dijadikkan cerita lak… di minggu terakhir persekolahan anak-anak… suhu dah mula mencecah angka negetip… so, before boley bergerak gi skul…. Ini ler keroje kami pepagik… spray bahan mencairkan ais di cermin kereta 


Dan mengikis ais kat cermin… drive pun kena hati-hati.. sebab jalan sangat icy.


Waktu gambar nii dicapture, kami on de way nak hantar Kimie gi skul. Jam mununjukkan kul 8.15am waktu tempatan… hurmmm baru nak sun rise.


Sampai kat perkarangan Grange Technologi College (Sekolah Kimie), kelakar tengok anak-anak. Ada yang meluncur atas kaki lima yang berais… ada gak yang wobbly dan hampir jatuh dek jalan yang licin… 

Yang paling beshhh bila hantar Sephia gi skul…. Dapat tengok anak-anak yang tomei-tomei berpakaian tebal-tebal, berboot bewarna warni dan bertopi pelbagai gaya untuk mengelakkan sejuk. Sweet sesangat.

Dalam dok kiter ralit perhatikan anak-anak Bradford… kiter perhatikan lak my kiddos… terserlah diwajah mereka riak sedih dah sayu yang melampau. To be frank… both of them memang enjoy bersekolah kat UK ni… British Education yang fun and leisure. Tapi nak buat camner nak… hujan emas di negeri orang… hujan batu di Negara sendiri… so, pepaham sendiri ler nak oiii. 

Surat berhenti sekolah pun kami dah hantar mid Nov 2014… Waktu tuuu semua guru dan rakan anak-anak sangat terkujaaatt dengan berita tersebut. Masa sesi parents meet ngan teacher… ada lak request dari pihak sekolah… why not u just leave yr kids here until they finish their GCLC (cam SPM kat Malaysia)… huhhh… no no no… kalau kitowang balik… anak-anak kena ikut balik. Saper tak sayang anak woooiiiiii!


Sebagai meraikan perpisahan ini… kelas hakimie ada buat majlis perpisahan untuk dia on 9th December. Bagi memberi peluang dia merakamkan detik perpisahan itu,  kiter bekalkan camera Khaleef aje(tak der maknanyer kiter nak bagi cik cannon kesayangan kiter tu pada dia). 


But… bak kata pepatah… mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi kan… Mencedok sejibik-sejibik ayah dia punya style… ini aje gambo yang dia capture… cehhhh!!!


Sephia lak diraikan di hari terakhir persekolah dia… 








Sebanyak 25pcs key-chain Malaysia, Sephia agihkan buat rakan kelasnya (Since hakimie baru aje kat Grange tak sampai 3 bulan, dia just bagi kat sahabat-sahabat baiknya sahaja). Guru kelas dan assistant lak… sephia bagi “KLCC memo holder “ yang dah kami siap-siap bawak dari Malaysia tempohari. Hakimie lak turut bagi benda yang sama pada tutor dia sahaja… Limited stock maaa… lagi pun cikgu di Secondary school cam cikgu kata Malaysia…  ramai... Setiap subjeck lain cikgunya!


 Ni wajah Kimie di pagi hari terakhir persekolahannya


Senyum dalam sendu gitiew.. 


Haaa... dia pun tumpang sibuk sama... tengok ler nanti... ibu stori lak pasai dia gi skul...


Memasing ekceli sebak masa nii... hari nii mereka lebih banyak membisu dari hari-hari sebelumnya... sedih kata mereka!


Petang 10 Dec 2014, bila tiba time pick-up Hakimie dari sekolah… sedih sangat bila rakan-rakan dia iring sampai kereta… dengan memasing  bergenangan air mata,they say hi to me and give a big hug to Hakimie and wish that one day… they hope that they will meet again soon! Melihat anak-anak yang sebak… menitis gak airmata kiter… huhuhuhuuu

Pick-up lak Sephia…. Mak aaaaiiii… tak muat tangan dia bawak hadiah yang dititipkan oleh rakan-rakan dan pihak sekolah. Mukanya pun sama seperti Hakimie… sedih dah syahdu melalui detik-detik akhir sesi persekolahan di United Kingdom…


Hurm.... tinggal kenangan (kunci locker dan access card)... Oh yea... kimie jugak dapat card gud bye dari rakan kelas... but kiter tak sempat capture sebab dah masuk  box...



Dan ini lak antara hadiah dan card yang dibawa balik oleh Sephia… bila kiter baca kad-kad tersebut… tersentuh rasa hati. Tak sampai hati rasanya nak pisahkan Sephia dengan rakan-rakannya. Tapi… bertemu dan berpisah kan adat manusia biasa. Hilang di mata tapi di hati tidak lupa….. 


To my kiddos… ibu paham perasaan kowang… if u love to stay here… like the British Education System… pesan ibu buat kalian… belajar ler rajin-rajin…. Mungkin menara gading di bumi ratu ini bakal menjadi destinasi kalian kelak… dan mungkin di kala itu.. kalian dapat bertemu kembali dengan rakan- rakan yang ditinggalkan. Percaturan Ilahi… tiada sapa yang tahu kan?


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails