Tuesday, July 21, 2015

Salam takziah buat sahabat...

Entry kiter yang lepas... kiter ada mention yang mood Aidilfitri kiter memang x dop.... antara yang menyumbang kepada kegusaran hati kiter adalah kondisi rakan sekerja kiter yang semakin kritikal...

Husmawati...
Truly kiter nak bagi tau bahawa beliau merupakan seorang yang peramah... ceria... suka membantu  dan pasti menyenangi orang disekelilingnya... Ungkapan ini bukan sekadar bermain kata-kata kerna setakat hari ini kiter masih belum mendengar orang menceritakan keburukan beliau sejak kiter mengenali beliau.

Teringat tatkala kami minum pagi bersama-sama... Sinonim dengan negeri asalnya... beliau suka bersarapan dengan nasi berlauk. Sambil bersarapan pun kami boleh mendengar gelak tawa beliau yang senantiasa ceria orangnya. Tak pernah lokek dengan kudrat... beliau sentiasa available untuk mehulurkan pertolongan kepada sahabat handai andai ada di antara kami yang memerlu khidmat dan bantuannya.

Bertugas sebagai setiausaha bosh ketika itu... menyebabkan kami sentiasa berurusan. Draft surat atau paperwork yang kiter draft... beliau akan screen terlebih dahulu... hasilnya... jarang surat dan paperwork kiter direject oleh bosh kerana beliau sangat arif citarasa dan kehendak bosh kami. Andai ada isu yang perlu ditangani... beliau akan remind what the info yang perlu ada before mengadap bosh... Sikap proaktif dan dedikasi beliau menyebabkan beliau sentiasa jadi rebutan di tempat kerja.

Beliau bukan sahaja merupakan rakan setugas... malah sahabat yang baik buat kiter...

Ketika kiter di tahun akhir di UK... kami saling berhubungan... beliau telah memaklumkan kepada kiter tentang perjuangannya... Beliau ketika itu berjuang menentang canser usus.. Dari masa ke semasa kami berkongsi cerita.... so far so good katanya sebaik sahaja menghabiskan kimo yang ke 3.

Sekembalinya kiter ke tanah air... kiter terlalu sibuk dengan urusan kerja dan bermula detik itu kami telah mula terputus hubungan... Hinggalah 3 bulan lepas... wasasap group telah dicreate untuk berkongsi status kesihatan sahabat kami itu... Doa dan kata-kata semangat tidak pernah putus buat beliau... Saban hari.. kiter telah dimaklumkan bahawa status kesihatan beliau semakin kritikal. 

Sebagai seorang sahabat... kiter sangat sedih sebab tak dapat bersua muka dengan beliau... Maafkan kan saya Wati.... saya gagal untuk hadir disisi awak tatkala awak memerlukan.... Namun dari kejauhan saya senantiasa mendoakan kesihatan awak.

Meniti syawal... status kesihatan sahabat kami ini sentiasa di up date... pilu tatkala melihat gambarnya yang cengkung tak bermaya... tak makan dan tak minum.... Ya Allah... ampunilah dosa Husmawati Husin..... Barangsiapa yang mengenali beliau pasti akan pasrah sekiranya beliau pergi meninggalkan kami... KAmi semua dah tak sanggup melihat beliau yang terlantar kini. 

Untuk mengetahui perkembangan beliau... handphone kiter tak pernah lekang dari tangan...

20 Julai 2015....

Pagi: Beliau memang dah bergantung 100% kepada bekalan oksigen. Doktor pesan agar panggil anggota keluarga
Tgh hari: Hb semakin merundum
Petang: Nafas sahabat kami semakin kencang
Maghrib: Doktor kata akan menanggalkan bekalan oksigen kerana bacaan tekanan darah semakin menurun
MAlam: Kiter dalam perjalanan pulang ke kampung... terlelap seketika lalu bermimpi... WAti datang berjumpa dengan kiter.

"Salmi... Saya dah nak pergi ni..." Ungkap Wati sambil bersalaman dengan kiter...

Kiter terkezut dan tersentak dari tidur... celik aja mata... ternampak van jenazah di depan kereta kami.. kiter tersangat panic dan mencari handpohone kiter yang terlepas dari tangan dek terlena sebentar tadik...

Satu message masuk.....

"K. Wati dah tak de... Innalillah....." Kelu lidah untuk meneruskan kata-kata..

Wati...
Tamat sudah kesengsaraan dunia yang dikau terpaksa tanggung... saya halalkan makan minum tutur kata gurau senda sepanjang perkenalan kita. Kiter juga harap awak sudi memaafkan segala salah silap saya sepanjang persabahatan ini. Moga dikau damai di sana.... Ya Allah... limpahilah rahmat-Mu buat sahabat yang amat aku sayangi Husmawati Husin... Tempatkanlah beliau dikalangan kekasih-kekasihmy-Mu Ya Allah.... Ammiiinnn...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails